Roy Keane Suruh Erik Ten Hag Bersara Selepas Menang Carabao Cup

Roy Keane tanpa beragak telah menyuruh serta menyarankan pengurus Manchester United, Erik Ten Hag supaya bersara selepas berjaya membawa Setan Merah muncul juara Carabao Cup.

Saranan ini hadir dari Roy Keane yang sangat berbulu apabila melihat pengurus dari Belanda itu telah menari sakan bagi meraikan kejuaraan yang diraih pasukan bimbingannya.

Dan selepas perlawanan itu, Erik Ten Hag bergembira dengan kecemerlangannya dengan menari bersama Lisandro Martinez dan Antony, dua pemain yang mengikutinya dari Ajax ke Manchester pada musim panas lalu.

Sudah pasti kejayaan ini akan diraikan dengan hebatnya kerana pada awal musim masa depan pasukan Manchester United sangat gelap tetapi kini masih lagi berada dalam semua kejohanan.

Ten Hag mendapat sorakan terbesar daripada peminat apabila dia naik untuk menjulang trofi, dengan peminat mengakui perbezaan yang dia buat musim ini selepas tujuh bulan memimpin.

Bekas pemain Manchester United yang kini sudah menjadi pendita bola sepak Roy Keane nyata tidak senang dengan tarian itu lalu memberitahu Ten Hag bahawa dia perlu meninggalkan kelab.

“Anda sepatutnya meletakkan jawatan selepas itu,” Ujar Roy Keane kepada pengurus Manchester United di Sky Sports.

“Tidak pernah, tidak pernah, tidak pernah. Saya melakukannya [tarian] sebelum ini, dan saya harap kita boleh melakukannya lagi.” Balas Ten Hag yang bersedia untuk menari lagi.

“Hanya Roy Keane sahaja, jangan risau,” tambah David Ginola, mempertahankan tarian Erik Ten Hag itu.

Manchester United telah memenangi trofi utama pertama mereka sejak menjuarai Liga Europa UEFA 2017, kira-kira lima tahun dan 278 hari lalu ketika dibimbing Jose Mourinho.

Ini menamatkan penantian dan kemarau paling lama Setan Merah untuk trofi utama sejak 1983, apabila mereka memenangi Piala FA enam tahun dan lima hari selepas penghormatan sebelumnya, Piala FA 1977.

Jaringan Casemiro melalui sundulan dari sepakan percuma Luke Shaw menjadi gol pembukaan sebelum Marcus Rashford menggandakan kedudukan dan kedua-dua gol ini terhasil di separuh masa pertama.

Percubaan Marcus Rashford telah terbias kaki Sven Botman dan telah diangkat sebagai gol sendiri.

Baca Juga

Baca Juga