Ruangan Komen Page FAM Diserang Penyokong Indonesia

Semua sudah tahu bahawa Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan dua gol tak mampu dibalas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di saingan kumpulan G.

Kemenangan terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Harimau Malaya ke atas pasukan paling hebat di Bima Sakti, Sang Garuda yang terluka teruk dan koyak.

Tiada apa yang lebih sakit buat Indonesia apabila tewas kepada Malaysia yang dianggap musuh utama yang dibenci dan mahu diganyang dalam apa jua acara bertambah pedih kena dalam perlawanan bola sepak.

Semua benda yang ada di Malaysia juga mahu diclaim bahawa mereka yang punya bukan Ahmad Albab yang punya daripada Popia, Nasi Lemak, Pulau, Baju Kebaya, gambar kerbau malah Upin Ipin dan Yuna pun mereka claim asal dari Indonesia.

Tidak puas dengan insiden balingan suar, lempar boto dan merosakkan 44 buah kerusi sehingga mendatangkan kerugian RM11,000 kepada Perbadanan Stadium Malaysia, pendukung Indonesia mengganas di media sosial pula.

Laman sosial Muka Buku rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah diserang oleh penyokong Indonesia dengan memenuhi ruangan komen dengan kata-kata kesat dan cacian yang menghina Malaysia.

Satu hantaran yang bertajuk ‘Datuk Haji Hamidin Yakin Dengan Kemampuan Skuad B-22 Kebangsaan ke Sukan SEA 2019’ telah menerima hampir 30,000 komen ketika artikel ini ditulis.

Untuk hantaran ini saja hampir 7,000 tanda suka diterima dan mencatatkan hampir 600 perkongsian.

Sampai bila kesakitan hati mereka akan hilang?

Tidak cukup dengan komen mereka juga berkongsi mengajak rakan-rakan yang tidak bertamadun supaya turut sama menyerang.

Pada kebiasaannya satu hantaran di laman muka buku rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) menerima komen sekitar 1,000 dan tanda suka juga akan lebih sedikit berbanding komen.

Sangat luar biasa situasi ini. Korang pergi sendiri la tengok kat page FAM.

Bonda mahu ngomong tembakannya tepat! Tembak! Tembak!

Baca Juga

Baca Juga