Ruben Neves Anggap Kekalahan Wolves Berpunca Dari Kesilapan Pengadil Perlawanan

Share on facebook
Share on twitter

Wolves menganggap pengadil perlawanan merupakan punca utama mengapa mereka tewas 0-1 kepada Manchester United awal pagi tadi.

Setan merah berjaya menewaskan Wolves 1-0 di Molineux Stadium awal pagi tadi, selepas Mason Greenwood menjaringkan gol kemenangan untuk skuadnya.

Walau bagaimanapun, sebelum gol itu berjaya dihasilkan, telah berlaku satu insiden yang mencetuskan kontroversi dan turut mengundang kemarahan para penyokong, pemain dan pengurus pasukan Wolves.

Pemain midfield kebangsaan Perancis, Paul Pogba melakukan terjahan ke atas Ruben Neves ketika build up gol kemenangan Manchester United.

Tidak lama selepas Mason Greenwood meledak gol kemenangan, Neves terus meluru ke arah pengadil keempat untuk menunjukkan ketingnya yang dikatakan telah dikasari oleh Pogba.

Pengurus Wolves, Bruno Lage turut bengang kerana pengadil tetap meneruskan permainan, walau Pogba sudah melakukan terjahan tersebut.

Para penyokong juga turut mencetuskan suasana bising kerana meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pengadil perlawanan.

Berbanding merujuk VAR dan membatalkan gol tersebut, pengadil memilih untuk tidak melayan tuntutan dari pemain Wolves dan meneruskan permainan seperti biasa.

United berjaya mengutip tiga mata penuh hasil dari gol tersebut dan hal itu sama sekali tidak boleh diterima oleh para pemain, pengurus dan penyokong Wolves

Selepas wisel penamat, Pogba kekal dengan keputusannya yang beliau tidak melakukan kekasaran tersebut.

“Saya tidak menyentuh dia (Ruben Neves). Ini merupakan premier league, situasi 50/50 macam itu memang berlaku setiap minggu.”

Jelasnya kepada Sky Sports.

“Kami memenangi bola itu dan kami menjaringkan gol.”

Neves sementara itu tidak gembira dengan keputusan Mike Dean yang tidak memperdulikan bantahan pemain Wolves atas kekasaran yang Pogba lakukan ketika build up gol tersebut.

“Semua orang nampak itu.”

Jelas pemain kebangsaan Portugal itu.

“Semua orang nampak kaki saya. Saya tak tahu mengapa, jujur saya kata dengan kamu. Kami selalu adakan perbincangan tentang semua hal berkait pengadil dan VAR, saya tak tahu kenapa.”

“Mereka kata sebelum bermula musim ini, mereka akan lihat pada sentuhan. Jika sentuhan itu kuat maka mereka akan anggap ia foul.”

“Saya siap tunjukkan kaki saya pada mereka. Semua terletak pada mereka.”

Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk Graeme Souness masuk campur dalam hal tersebut, dengan beliau turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Ia merupakan kekasaran yang boleh mematahkan kaki.”

Jelas Souness selepas tamat perlawanan.

“Saya sendiri pernah melakukan kerja kotor dan kejam. Ia memang kes klasik yang sering dilakukan oleh seseorang. Saya tak kata Paul Pogba sengaja untuk lakukan itu, tapi ia adalah bagaimana kita melihat situasi itu.”

“Kamu boleh kata yang Neves agak naif kerana menyepak bola dengan kuat ketika ada seseorang yang datang ke arahnya dari bawah seperti itu. Dia sebenarnya orang yang paling hampir dengan bola. Bagaimana pengadil boleh anggap itu bukan foul?”

“Bagi saya, ia lebih dari membimbangkan. Ia satu petanda apabila seorang berlagak seolah-olah senior, pengadil yang bagus yang tak nampak itu sebagai satu kekasaran.”

Situasi tersebut tidak dinafikan sememangnya 50/50 dan satu hal yang pasti, tidak ada yang boleh mengubah keputusan pengadil pada ketika ini, dan United sudah sah dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan tersebut.

United ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata, selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri.

United berkongsi kutipan mata yang sama dengan Everton, West Ham, Chelsea dan Liverpool.

Wolves sementara itu berkongsi 0 mata dengan Norwich dan Arsenal di kedudukan dasar liga, dengan mereka berada di kedudukan ke-18.

BACA:  Pogba Menganjing Penyokong West Ham Yang Mengganggu Beliau
Share on facebook
Share on twitter