Bintang Premier League Bernilai £70 Juta Mahu Ke Old Trafford

Manchester United yang sedang sendu di jendela perpindahan masih terus dikaitkan dengan beberapa pemain dan terkini adalah pemain bintang Premier League yang bernilai £70 juta.

Pemain yang dimaksudkan itu adalah pemain tengah Woverhampton Wnaderer, Ruben Neves yang dilaporkan bersedia dan mahu berpindah ke Old Trafford.

Seorang wartawan bernama Jacque Talbot telah melaporkan bahawa Ruben Neves berminat bersama Manchester United selepas pemain 25 tahun itu memberi bayangan bahawa sudah sampai masa untuk dia berhijrah dan mencuba sesuatu yang baru.

Mengikut telahan Jacque Talbot ‘sesuatu yang baru’ dimaksudkan Ruben Neves adalah Manchester United.

Sebelum ini, pakar jendela perpindahan yang paling dipercayai ramai, Fabrizio Romana juga telah memberitahu GiveMeSport bahawa Setan Merah telah memasukkan Ruben Neves dalam senarai pembelian mereka.

Ruben Neves berada dalam senarai ini sebagai alternative kepada pemain Barcelona, Frenkie De Jong di mana Barcelona masih lagi bermain tarik tali.

Pemain tengah, Frenkie De Jong ketika ini adalah sasaran utama Erik Ten Hag dan Fabrizio Romano mendakwa tawaran £60 juta telah ditolak.

Setan Merah juga dilaporkan sedia sedaya upaya untuk membuat bidaan kedua.

Walaupun Ruben Neves sebagai pemain altenatif kepada Frenkie De Jong, harganya juga sangat keras dan menurut laporan The Telegraph, Wolves mahukan sekitar £70 juta.

Namun harga Ruben Neves masih lagi boleh dirunding dan £70 juta itu adalah harga maksimun yang dimahukan Wolves.

Walaupun Jacque Talbot sendiri yang mengaitkan Ruben Neves ke Manchester United, dia sendiri masih tertanya-tanya, bolehkah Ruben Neves memberi impak?

“Saya fikir dia bersaing untuk berpindah, tetapi saya tidak tahu ke mana dia akan pergi. Saya rasa dia mahukan Man United – itulah ideanya – tetapi saya tidak nampak bagaimana dia boleh memberi manfaat kepada mereka, sejujurnya.”

Pada tahun 2019 di usia 21 tahun Ruben Neves telah diangkat sebagai pakar menjaringkan gol dari jarak jauh di luar kotak penalti.

Pada ketika itu Ruben Neves telah menjaringkan 13 gol dan 11 daripadanya adalah dari luar kotak.

Bersama Wolves pula Ruben Neves telah menjaringkan 9 gol dan 8 gol dari luar kotak penalti. Gol dalam kotak tu merupakan penalti.

Pada tahun 2020, Ruben Neves melebarkan rekod jaringan bersama Wolve kepada 15 gol dalam semua kejohanan, 12 gol diluar kotak dan 3 dari sepakan penalti.

Pemain yang kini berusia 25 tahun itu tidak dinafikan lagi mempunyai kemampuan yang berkualiti untuk bertahan mahupun membantu jentera serangan, dan kerana itu jugalah beliau dianggap antara pemain midfield terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Ruben Neves mempunyai kemampuan untuk memenangi bola, dan beliau juga terkenal dengan kualitinya dalam mematahkan serangan lawan.

Selain itu, diajuga mempunyai kualiti dalam membuat hantaran yang tepat dan Neves dianggap layak untuk ditandatangani kerana beliau sudah cukup faham tempo permainan dalam saingan Premier League.

Pemain tengah Portugal itu juga mempunyai kualiti dalam membuat tackle kemas dan turut cemerlang dalam melakukan pintasan dalam hantaran pemain lawan.

Ruben Neves tidak dinafikan lagi sememangnya pilihan terbaik untuk mengisi kekosongan posisi pemain tengah bertahan Manchester United yang hilang sejak sekian lama apatah lagi tanpa ketiadaan Nemanja Matic.

Satu-satunya kekurangan Red Devils beberapa musim lalu adalah mereka tidak mempunyai ball playing holding midfielder dalam skuad dan kehadiran Neves akan menyelesaikan masalah tersebut.

Kontrak Neves bersama Wolves akan berakhir pada 2023, dan pihak kelab dilaporkan terbuka untuk menjual Neves pada jendela perpindahan musim panas ini atau akan terpaksa dilepaskan secara percuma.

BACA:  Volley Neves Adalah Jaringan Tercantik Tahun 2020 Setakat Ini