Rudiger Maki Kante Kerana Kerap Melakukan Kesilapan Ketika Aksi Bertemu Real Madrid

N’Golo Kante tentunya terkejut dan terkedu selepas beliau dimaki hamun oleh Antonio Rudiger ketika aksi pertemuan bertemu Real Madrid awal pagi tadi.

Rudiger jelas beremosi selepas beliau terpaksa menguruskan kesilapan yang dilakukan oleh Kante dan sebaik beliau berjaya menyelamatkan keadaan beliau dilihat segera menjerit ke arah bintang Perancis itu.

Chelsea jelas sekali tidak bernasib baik selepas mereka tersingkir dari saingan Champions League walaupun berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Real Madrid dalam aksi leg kedua di Santiago Bernabeu pagi tadi.

Tidak dinafikan yang Chelsea hari ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Seandainya bukan kerana kecemerlangan Luka Modric, Chelsea jelas sekali sudah memenangi permainan pada waktu sebenar perlawanan.

Karim Benzema berjaya membuktikan yang beliau sememangnya pemain harapan selepas beliau cemerlang meledak gol penting pada masa tambahan permainan.

Walaupun kesemua pemain Chelsea mengharungi perlawanan ini dengan sangat cemerlang, namun sayang sekali Kante jelas tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Beliau terlibat dengan kedua-dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Real Madrid dalam perlawanan ini dan menyebabkan Chelsea tersingkir.

Beliau juga sebenarnya hampir memberi ruang kepada Real Madrid untuk memperoleh gol lebih awal, namun mujur saja Antonio Rudiger menyelamatkan keadaan.

Dengan perlawanan pada ketika itu terikat secara aggregate, dan Chelsea sedang mendahului 2-0, pemain midfield itu terlalu mudah hilang bola dan dirampas oleh Toni Kroos di tengah padang.

Kroos beraya mara ke depan tanpa masalah dengan Kante turut gagal untuk melakukan tackle, dan memberi ruang kepada bintang Jerman itu untuk menghantar bola kepada Vinicius Jr.

Rudiger kemudiannya masuk mencabar bola dan beliau berjaya menyelamatkan keadaan lalu terus menjerit memarahi Kante.

Insiden itu berlaku lima minit sebelum Marcos Alonso meledak gol untuk Chelsea namun gol jaringan beliau itu dibatalkan oleh VAR.

Seminit selepas Timo Werner meletakkan Chelsea dihadapan, Luka Modric berjaya melakukan hantaran yang sungguh dasyat untuk gol yang dijaringkan oleh Rodrygo.

Kante memberi bola mudah kepada pasukan lawan ketika Karim Benzema meledak gol kemenangan untuk Real Madrid.

Sebelum ini, Thomas Tuchel tampil mendedahkan yang persembahan Kante merosot mungkin kerana beliau sedang berpuasa.

Tuchel anggap Puasa punca persembahan Kante merosot

Thomas Tuchel beranggapan yang berpuasa menjadi sebab mengapa prestasi N’Golo Kante tidak sebaik seperti biasa.

Kante gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya ketika beraksi bertemu Real Madrid dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League minggu lalu.

Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 di tangan gergasi La Liga itu dan mereka jelas sekali perlu melakukan sesuatu untuk mencatat kemenangan dalam aksi leg kedua yang akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu nanti.

Untuk rekod, kemenangan Real Madrid menewaskan Chelsea di Stamford Bridge kemarin merupakan kemenangan pertama mereka bertemu gergasi Premier League itu dalam saingan Champions League.

Kedua-dua pasukan pernah dua kali bertemu sebelum ini, dengan satu perlawanan berakhir dengan keputusan seri, dan satu lagi perlawanan berpihak kepada Chelsea.

Pertemuan ketiga mereka akhirnya berpihak kepada Real Madrid dengan Karim Benzema cemerlang mencatat hat-trick untuk membantu pendahulu saingan La Liga itu menewaskan Chelsea 3-1.

Ketika pertemuan mereka pada musim lalu, N’Golo Kante jelas sekali beraksi dengan sangat cemerlang dengan beliau turut memenangi anugerah pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ya, Kante muncul sebagai pemain terbaik dalam kedua-dua pertemuan mereka sebelum ini, dan beliau jelas sekali nadi penting sebalik kejayaan The Blues muncul Juara saingan Champions League musim lalu.

Kante jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya ketika aksi pertemuan ketiga mereka baru-baru ini dan Tuchel percaya ia ada kaitan dengan ibadah yang sedang Kante jalani.

Peringatan penting, Thomas Tuchel tidak sama sekali meremehkan Ibadah atau mempersoalkan tentang amalan Kante, cuma beliau percaya ia adalah antara sebab mengapa persembahan pemainnya itu sedikit merosot.

“N’Golo merupakan pemain utama dan dia ada kualiti yang sungguh menakjubkan serta ada kualiti yang sangat unik. Untuk sesetengah pasukan, mereka ada penyerang atau central defender, untuk kami, kami ada N’Golo. Dia boleh beri sesuatu kepada pasukan yang orang lain tak boleh.”

“Dia berdepan kesukaran pada musim ini kerana masalah kecederaan dan sakit. Ini adalah sebab mengapa kami tak konsisten, saya yakin inilah sebabnya. Kami kerap kehilangan dia dan lihatlah pada minit permainan dia.”

“Pada ketika ini, dia sedang berpuasa kerana perintah agama dan kepercayaan dia. Ini bukan kali pertama dia lakukan itu, tapi jika kamu tak makan atau minum selama berhari-hari di siang hari, ia akan beri kesan.”

“Mungkin itu sedikit penjelasan tentang mengapa kami rasa dia tak berada di tahap persembahan terbaiknya dan jika kamu bandingkan dengan pengaruh dia ketika bertemu Real Madrid musim lalu, sangat berbeza.”

“Ini bukan sesuatu yang perlu dimalukan atau perlu dikasihankan. Dia pemain penting yang ada kualiti yang unik. Jadi kami cuba bantu dia kerana kami tahu apa kami ada ketika dia berada di atas padang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tuchel Yakin Berpuasa Punca Persembahan Kante Merosot