Ruhaines Peminat Tegar 2 Legenda Manchester United Ini Kerana Kacak Dan Banyak Skil

Wanita dan bola sepak bukannya perkara yang asing. Begitu juga dengan Ruhainies yang pernah menyatakan bahawa dia peminat tegar Cristiano Ronaldo dan David Beckham.

Beberapa tahun lalu, Ruhainies pernah mendedahkan bahawa dia penyokong Portugal kerana meminati Cristiano Ronaldo.

Dan pernah berhasrat mahu melihat Ronaldo datang ke Malaysia bersama pasukannya untuk menentang Harimau Malaya.

Dia sempat membayangkan jika perkara itu berlaku, dia akan terus cuba mendapatkan tiket untuk melihat sendiri Abang Do di hadapan matanya.

“Jika itu berlaku saya pasti tak akan lepaskan peluang. Awal awal lagi saya akan terus mencari dan membeli tiket untuk melihat Cristiano Ronaldo di hadapan mata saya,” kata pelakon dan model sensasi itu.

“Jika disebut pemain Portugal, pastinya Cristiano Ronaldo yang saya minati. Ronaldo memakai jersi no.7 yang kebetulan juga nombor kegemaran saya.

“Saya mulai minat Ronaldo sejak kenal sukan bola sepak,” tambah beliau.

Mengakui sebelum adanya nama CR7, dia meminati England kerana David Beckham. Ruhainies tidak berselindung menyatakan dia memang meminati pemain yang kacak.

Selain itu dia melihat Beckham dan Ronaldo ada persamaan yang jelas iaitu pemain yang kacak dan banyak skil. Itu yang menarik perhatian Ruhainies.

Selain daripada no.7 yang merupakan nombor kegemarannya.

“Dulu saya meminati England kerana David Beckham. Selain memiliki skil yang hebat kedua duanya juga tampan.

“Kalau nak kata saya lebih melihat kepada ketampanan, rasanya semua peminat wanita mempunyai perasaan sedemikian,” tegas Ruhainies.

Dipetik dari sumber Wikipedia:

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lahir 27 Julai 1992) atau lebih dikenali sebagai Ruhainies ialah seorang pelakon dan model wanita dari Malaysia.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang dua watak, sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain pelakon dan model, Ruhainies juga merupakan seorang pengacara, ahli perniagaan dan jurucakap produk.

Dia merupakan salah seorang pelakon wanita yang sangat popular pada hari ini terutamanya.

Ruhaninies berlakon dalam banyak siri drama dan beberapa buah filem. Dia pelakon yang sangat berbakat.

Baca Juga

Baca Juga