Jika disebut nama Rui Pinto mungkin sudah cukup dikenali ramai peminat bola sepak di seluruh dunia. Namun untuk yang tak tahu, atau terlepas pandang baca lah tulisan ini untuk mengenali beliau.
Rui Pinto adalah seorang hacker yang bekerja untuk Football Leaks / Der Spiegel yang juga merupakan laman whistleblower / pembongkar rahsia dalam bola sepak – ala wikileaks.
Sebenarnya kisah kontroversi Pinto ini sudah mula hangat beberapa bulan lalu, beberapa ultras dari seluruh dunia sudah menyatakan sokongan kepada Rui Pinto yang ketika itu sedang berada dalam tahanan polis.
Please take a moment to recognize Rui Pinto the whistleblower behind Football Leaks who is now in prison. His leaks is what took down Manchester City’s financial doping among many other things. https://t.co/9kuJc7Fb4a
— LFC Views (@Mobyhaque1) February 14, 2020
Mereka menggesa agar Rui Pinto dibebaskan. Pinto di tahan polis Kerana beliau telah mendedahkan korupsi dalam dunia bola sepak termasuk isu Gianni Infantino yang kini merupakan Presiden FIFA.
PSG dan Manchester City adalah antara pasukan yang menjadi mangsa pendedahan beliau.
Beliau telah menggodam sistem pengkalan data Man City dan mendedahkan banyak email dan dokumen yang berkaitan dengan salah laku melanggar Financial Fair Play.
Pinto tidak mempunyai pejabat, beliau melakukan kerja beliau dari rumahnya di Portugal.
This is Rui Pinto. The man who leaked Manchester City’s Financial Fair Play breaches.
He is currently in prison. The true definition of taking one for the team. 👏🏼 pic.twitter.com/hmvuYmSWAZ
— 𝚃𝚃 (@PrimeOxlade) February 16, 2020
Dan kemudian telah menyebarkan dokumen tersebut kepada media-media besar di dunia termasuk beberapa tokoh dalam pengurusan bola sepak. Antaranya Jose Mourinho.
Jose Mourinho pleads for help from FFP to catch rivals Manchester City if United are to win the league again
By @mjcritchley https://t.co/BbSB6sYSxD pic.twitter.com/FJQbMnHtQP
— Indy Football (@IndyFootball) December 8, 2018
Namun Mourinho ketika itu tidak dapat mendedahkan lebih lanjut, cuma memberikan bayangan:
“Saya sudah tahu beberapa tahun lalu. Lihat sahaja cara mereka berbelanja.”
Pinto dan Mourinho, kedua-dua mereka adalah bangsa Portugis jadi tidak hairanlah mereka boleh berurusan berdua.
Pinto memulakan kerja menggodamnya bermula pada tahun 2015. Dan beliau kemudian mengedarkan dokumen itu pada November 2018.
Jose Mourinho suggests City should've been docked points over failure to comply with FFP http://t.co/NOasDn5msU #mcfc pic.twitter.com/0Tr6kZpGg6
— Manchester City News (@ManCityMEN) February 6, 2015
Man City menuduh Pinto sebagai pencuri dan mencabar UEFA – adakah UEFA sanggup menggunakan dokumen yang digodam untuk dijadikan bahan bukti? Kerana ia menurut Man City tidak beretika.
Akibat daripada dokumen yang disebarkan oleh Pinto itu, UEFA mendapat desakan daripada ramai pihak untuk membuka semula siasatan.
Dan akhirnya, Manchester City tersabit dengan kesalahan. Namun malangnya Pinto juga kini berada di penjara berhadapan dengan pelbagai kesalahan jenayah siber.
Walaupun dijulang sebagai wira oleh ramai pihak. Pinto kini telah berada di penjara dan akan berhadapan dengan 90 pertuduhan termasuk, hacking, sabotaj dan fraud.
Pinto telah mengakses Lebih 70 juta dokumen bersaiz 3.4 TB melibatkan pelbagai kelab.
The man who got Man City banned for two years: Rui Pinto#FreePinto pic.twitter.com/2NRXhOLjKR
— Just_For_Fun (@JustFor05208490) February 16, 2020
Rayuan Pinto pada Khamis lalu ditolak, dan beliau sudah dipenjarakan sejak Mac. Beliau kini menunggu keputusan mahkamah rayuan di Lisbon.
Rui Pinto a hero in all of this. #FreePinto #TaintedTitles #TaintedCenturions #taintedclub @ManCity – Football Leaks hacker Rui Pinto STILL in prison after exposing City https://t.co/sVQg8Fkdav
— Taintless Red (@TaintlessRed) February 15, 2020
Berita tentang hukuman ke atas Man City telah membuatkan semakin ramai yang berkempen Free Pinto di media sosial.
Penyokong Borussia Dortmund telah menaikkan banner meminta pihak berkuasa untuk menggugurkan kes Pinto.
Kenapa dia perlu didakwa jika dokumen yang dia edarkan itu ternyata menunjukkan salah laku pihak berkaitan?
Pinto sebenarnya sudah tahu akibatnya. Beliau berkata kepada wartawan di Jerman:
“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Saya tahu kerajaan Portugal akan menghukum whistlebolwers. Jadi saya harus bersedia.”
“Kerajaan Portugal takut dengan apa yang saya tahu. Inilah sebabnya saya perlu kekal fokus.”
“Pada awalnya, saya menulis nota berkaitan kes ini di buku nota saya. Namun ianya telah dirampas.”
“Peguam saya telah telah mencarinya di seluruh kawasan lokap saya dan beliau berkata, ianya salah untuk mereka mengambil nota itu daripada saya.”
This bloke needs freeing immediately and used as an asset to football ASAP! #freepinto https://t.co/T5kY6EFGwS
— John Hutchinson (@JohnHutchinson) February 14, 2020
“Bukan warden penjara yang mengambilnya, tetapi pendakwaraya Portugal. Mereka buat apa sahaja mereka mahu. Sebulan masa yang mereka ambil untuk mengembalikannya kepada saya.”
Sehingga ke hari ini nama Pinto sering disebut-sebut oleh semua peminat bola sepak di seluruh dunia.
City sudah dijatuhkan hukuman dan Pinto sudah di hadap ke muka pengadilan. Semoga hal ini menjadi iktibar kepada pasukan lain agar tidak mengulangi salah laku begini.