Rumah Fabinho Dirompak Pada Hari Beliau Menjulang Trofi

Rumah pemain tengah sedap Liverpool, Fabinho telah dirompak pada hari beliau dan rakan-rakan meraikan julangan trofi Premeir League bersama The Reds selapas 30 tahun menunggu.

Kediaman pemain Brazil itu dipercayai telah menjadi sasaran perompak selepas ditinggalkan tidak berpenghuni dan kejadian belaku antara jam 3 petang hingga 4 pagi hari perlawanan.

Untuk meraikan majlis julangan piala, walaupun tanpa kehadiran penyokong namun ahli keluarga terdekat dijemput hadir memeriahkan suasana.

Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa antara barang yang berjaya dilarikan adalah barang kemas dan sebuah kereta Audi RS6 yang berwarna kelabu.

Kereta Audi RS6 kemudiannya telah ditemui dan dikenal pasati berada di kawasan Wigan.

Polis percaya bahawa perompak memecah masuk ketika pemain berusia 26 tahun itu berada di Anfiled meraikan kejayaan Liverpool dengan julangan trofi selepas menewaskan Chelsea 5-3.

Fabinho dan penghuni rumah telah pulang selepas majlis mendapati kediaman beliau telah dipecah masuk dan telah membuat laporan polis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Merseyside:

“Pihak polis telah dihubungi pada awal pagi(Khamis, 23 Julai) apabila penghuni memasuki rumah telah mendapati kediaman telah dipecah masuk.”

“Tiada seorang pun di kediaman pada waktu kejadian dan rompakan ini dipercayai terjadi antara jam 3 petang, Rabu 22 julai dan 4 pagi Khamis 23 Julai.”

“Barang kemas telah dicuri bersama sebuat Audi RS6 berwarna kelabu yang kemudian ditemui dikawasan Wigan.”

“Pegawai penyiasat menyeru mereka yang mempunyai maklumat kejadian terutamanya mereka yang berada di kawasan berhampiran yang mungkin mempunyai dash cam yang merakam kereta Audi RS6 menghubungi mereka.”

Kalau korang ada maklumat boleh la DM @MerPolCC atau hubungi 101 atau telefon @CrimestoppersUK d talian 0800 555 111.

Kejadian menimpa Fabinho ini pernah berlaku kepada rakan pasukan sekarang dan bekas pemain Liverpool yang lain. Perompak menyasarkan kediaman pemain ketika hari perlawanan.

Rumah Sadio Mane telah dirompak ketika perlawanan Champions League di peringkat 16 terbaik menentang Bayern Munich pada Februari 2019.

Antara pemain Liverpool yang pernah menjadi mangsa adalah Dejan Lovren dan Roberto Firmino serta bekas pemain, Pepe Reina, Daniel Agger dan Jerzy Dudek.

BACA:  Klopp: Tumpas Di Tangan Napoli Persediaan Terbaik Hadapi Manchester City