Rumah Sadio Mane Dipecah Masuk Ketika Liverpool Menentang Bayern Munich

Polis mengesahkan rumah penyerang Liverpool, Sadio Mane dipecah masuk ketika beliau turun beraksi menentang Bayern Munich dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Rabu lalu.

Sane yang dinamakan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan tersebut, terpaksa menelan pil pahit kehilangan barang berharga selepas rumahnya menjadi sasaran penjenayah.

Dah la seri, rumah kena masuk pencuri pulak. Diharap tabah menghadapi dugaan wahai Mane ku sayang

Mujurlah ketika kejadian itu berlaku, tiada sesiapa berada di dalam rumah Sane. Menurut laporan, penjenayah berjaya membawa lari barang berharga seperti jam tangan, telefon pintar, dan kunci kereta.

Insiden pecah masuk itu berlaku di rumah Sane yang terletak di Allerton, selatan bandar Liverpool. Siasatan polis sudah pon berjalan dan pasukan forensik juga telah dipanggil untuk mengenal pasti identiti penceroboh.

Inspektor Detektik Merseyside Police, Phil Mahon meminta mana-mana pihak yang mempunyai informasi mengenai kejadian ini untuk tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis.

“Kami meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes pecah masuk ini supaya tampil ke hadapan dan membantu siastan kami.”

Mane bukan berseorang. Lovren juga pernah menjadi mangsa

“Walaupun tiada siapa yang berada di dalam rumah ketika kejadian, perkara ini sudah tentu akan memberikan pengalaman buruk kepada penghuni rumah.”

“Saya meminta penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini supaya melakukan perkara yang betul dan mengembalikan semua barang yang telah dicuri dalam apa jua cara.”

“Yang kami tahu jam tangan yang dicuri mempunyai nilai yang sangat tinggi dan saya juga meminta kepada mana-mana individu yang telah ditawarkan untuk membeli barang-barang curi ini sejak kes kecurian ini untuk menghubungi pihak polis dengan kadar segera.”

Malangnya ini bukanlah kali pertama rumah Mane dipecah masuk. Sekitar November 2017, rumah beliau pernah dipecah masuk ketika beliau bersama rakan Liverpool yang lain berada di luar negara untuk menentang Maribor dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada masa yang sama, sekumpulan penjenayah juga telah memecahkan pintu sliding rumah Dejan Lovren yang tinggal berdekatan dengan Mane.

Sane dan Lovren menyertai senarai pemain Liverpool yang mana rumah mereka dipecah masuk ketika terlibat dengan tugasan kelab.

Rumah Mane. Tak tahu betul ke tidok

Pemain seperti Roberto Firmino, Pepe Reina, Daniel Agger, Jerzy Dudek, Daniel Agger, Steven Gerrard, Robbie Keane dan Jermain Pennant pernah mengalami nasib yang sama ketika menyarung jersi Liverpool.

Menjadikan keadaan lebih malang buat Mane, Liverpool gagal meraih keputusan yang bagus menentang Bayern Munich untuk bekalan bagi perlawanan timbal balik nanti. Mane juga terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Perlawanan Liverpool seterusnya adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggu peminat The Reds musim ini iaitu berkunjung ke Old Trafford untuk berhadapan dengan Setan Merah.

BACA:  Champions League 2021/22: Villarreal 2-3 Liverpool (Agg 2-5)