Tatkala saingan peringkat kumpulan Euro 2020 kini berada di penghujung, penyokong-penyokong bola sepak serata benua eropah sehingga ke Asia mulai menimbulkan dua isu utama untuk penentuan tempat ketiga.
Pertama, pasukan manakah yang akan layak ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas menamatkan cabaran peringkat kumpulan di kedudukan ketiga.
Soalan kedua, Siapakah pula yang akan mereka hadapi di pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka layak?
Siapa lebih layak ke pusingan kalah mati?
Jawapannya di sini sebenarnya mudah dan tak payah pecah kepala untuk difikirkan. Dari kalangan semua pasukan yang mengakhiri cabaran peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, empat pasukan terbaik akan mara ke pusingan berikutnya.
Ia akan ditentukan pertama oleh mata terbanyak yang dikumpulkan. Jika ada dia atau tiga pasukan terikat dengan mata yang sama, maka perbezaan gol akan diambil kira. Maknanya perbezaan jaringan akan diambil kira terlebih dahulu, barulah jumlah jaringan â kalau masih sama.
đ´ó §ó ˘ó ˇó Źó łó żđ Congratulations, Wales! Into the Round of 16 đ#EURO2020 pic.twitter.com/YBnn7bOzxA
â UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 20, 2021
Jika kaedah ini masih gagal membezakan pasukan-pasukan yang akan mara, maka jumlah kemenangan akan dilihat. Selepas itu mata disiplin berdasarkan kutipan kad kuning dan merah akan diambil kira.
Kalau semua cara pun dah habis digunakan dan belum ada pasukan yang layak, maka kaerdah terakhir ranking di pusingan kelayakan akan diambil kira.
Berapa mata pasukan perlukan untuk pasukan tempat ketiga layak?
Susah juga nak jawab soalan ni. Di Euro 2016, dua pasukan dengan empat mata, dan dua pasuan lagi mengumpul tiga mata layak ke pusingan kalah mati.
Dua pasukan lagi juga mengutip tiga mata, dan menang satu perlawanan, tetapi perbezaan gol negatif menyebabkan mereka tersingkir.
đŽđš Top of the table and into the Round of 16. Italy đđđ#EURO2020
â UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 16, 2021
Lebih menarik, Portugal ketika itu seri semua tiga perlawanan peringkat kumpulan, memiliki perbezaan gol neutral (kosonh). masih layak ke pusingan kalah mati sebelum mara hingga ke final dan bergelar juara.
Euro 2016 adalah kejohanan di mana kedudukan nombor tiga kumpulan boleh layak ke pusingan kalah mati, selepas kejohanan diupgrage kepada 24 pasukan. Mana-mana pasukan yang menang selesa, dan tidak kalah teruk selepas itu mampu mara ke pusingan seterusnya.
Siapa yang akan berhadapan pasukan tempat ketiga?
Ini pun rumit juga nak memikir. Ia sebenarnya bergantung kepada dari kumpulan manakah tempat pasukan tempat ketiga itu layak.
Contoh, sekiranya tempat ketiga itu datangnya dari Kumpulan A, B atau C, maka juara Kumpulan B akan bertemu dengan pasukan tempat ketiga Kumpulan A.
Tetapi jika pasukan tempat ketiga datangnya dari Kumpulan B, C, D atau E, maka juara Kumpulan B akan bertemu dengan pasukan tempat ketiga Kumpulan E. Hampir mustahil untuk dijelaskan. Tetapi jadual di bawah mungkin memudahkan anda untuk faham.
Kumpulan asal kedudukan ketiga | Juara Kumpulan B | Juara Kumpulan C | Juara Kumpulan E | Juara Kumpulan F | |
1 | A B C D | A | D | B | C |
2 | A B C E | A | E | B | C |
3 | A B C F | A | F | B | C |
4 | A B D E | D | E | A | B |
5 | A B D F | D | F | A | B |
6 | A B E F | E | F | B | A |
7 | A C D E | E | D | C | A |
8 | A C D F | F | D | C | A |
9 | A C E F | E | F | C | A |
10 | A D E F | E | F | D | A |
11 | B C D E | E | D | B | C |
12 | B C D F | F | D | C | B |
13 | B C E F | F | E | C | B |
14 | B D E F | F | E | D | B |
15 | C D E F | F | E | D | C |
Sehingga artikel ini ditulis, Switzerland yang menamatkan cabaran peringkat kumpulan di kedudukan ketiga masih layak untuk mara ke pusingan seterusnya.