Rustu Recber adalah penjaga gol yang sangat terkenal bagi peminat bola sepak era 2000-an.
Rustu merupakan seorang penjaga gol legenda Turki, beliau mempamerkan aksi mantap sebagai penjaga gol terhebat sepanjang zaman untuk Turki.
Rustu juga membantu pasukannya Turki dalam saingan piala dunia dan menjadi antara penjaga gol terhebat dunia ketika era beliau.
Selain dari mempamerkan aksi yang mantap, Rustu turut merupakan pemain yang memiliki kaps terbanyak untuk negaranya.
Untuk kelab pula, Rustu pernah menjadi tembok kebal untuk pasukan hebat seperti Barcelona, Fenerbace dan Besiktas.
Dalam keadaan dunia sedang dilanda serangan dari virus Covid-19 ini. Kita menerima khabar duka dari Turki yang melaporkan bahawa Rustu Recber positif Covid-19.
Turkey's most capped player, former goalkeeper Rustu Recber, is in a "critical period" in hospital with coronavirus.
More: https://t.co/wOF8ktiMeR pic.twitter.com/CnXUFLDWeT
— BBC Sport (@BBCSport) March 29, 2020
Beliau telah dimasukkan ke Hospital untuk menerima rawatan dan menurut laporan sama beliau kini berada dalam keadaan agak kritikal.
Isteri kepada Rustu, Isil memuat naik status di Instagram mengatakan:
“Kami baru sahaja membawa suami saya ke hospital selepas dia didiagnos positive Covid-19.”
“Pada awalnya, semua kelihatan seperti biasa, sehinggalah kami sekeluarga dikejutkan dengan suami saya secara tiba-tiba menunjukkan simpton wabak itu.”
Turkish World Cup Hero Rustu Recber Hospitalised With Coronavirus | Football News https://t.co/407lyAToO1 pic.twitter.com/4jTpYnCjCb
— NewsLife247 (@Life247News) March 29, 2020
“Beliau dalam keadaan kritikal dan kami sedang melalui masa yang sukar. Saya berharap anda semua untuk mendoakan dan menghormati keadaan kami ketika ini.”
“Saya telah menjalani saringan dan disahkan negatif, begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kami. Rustu berada di hospital dan kami dilarang untuk melawatnya.”
“Ia adalah detik yang menyedihkan apabila tak dapat bersama dengan beliau diwaktu sukar begini. Tuhan itu maha agung kami sekeluarga sangat yakin dengan doctor di Turki ini.”
Former Turkey and Barcelona goalkeeper Rustu Recber in hospital with coronavirus https://t.co/pZBjIFTBP3
— Guardian sport (@guardian_sport) March 29, 2020
Rustu kini berusia 46 tahun telah beraksi sebanyak 120 kali untuk pasukan kebangsaan Turki.
Antara aksi terbaik yang dipamerkan oleh penjaga gol terhebat dunia ini adalah ketika mewakili Turki untuk saingan Piala Dunia 2002 di Korea Japan.
Turki adalah antara pemain generasi emas Turki yang dikira barisan terbaik dalam sejarah bola sepak Turki.
Ianya adalah permulaan kebangkitan pasukan kebangsaan Turki dalam saingan bola sepak dunia.
Ex-Barcelona goalkeeper Rustu Recber hospitalised with Coronavirus https://t.co/iZ0yZeWxaj pic.twitter.com/nxDEJBHngv
— Entertaining WE (@hindustanAbi) March 29, 2020
Antara aksi terbaik dan tidak boleh dilupakan oleh Rustu adalah ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2002.
Turki pada ketika itu tewas tipis 1-0 kepada pasukan Brazil. Tetapi walau tewas mereka telah mempamerkan aksi melawan yang begitu luar biasa terutama Rustu Recber.
Pada zaman itu lah nama Rustu mula dikenali dan menjadi pujaan para peminat bola sepak seluruh dunia terutama di Turki sendiri.
Selain dari Oliver Kahn, Rustu menjadi sumber inspirasi kepada ramai lagi kanak-kanak yang bercita-cita mahu menjadi penjaga gol ketika itu.
Turkey's all-time caps leader Rustu Recber has been hospitalized with coronavirus https://t.co/9RID5egxmA pic.twitter.com/4m7KohJbri
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) March 29, 2020
Turki menamatkan saingan Piala Dunia Korea dan Japan tahun 2002 di tangga ketiga selepas menewaskan tuan rumah dengan keputusan 3-2.
Pasukan kebangsaan Turki melakarkan rekod yang sangat cemerlang pada kejohanan piala dunia edisi 2002.
Rustu telah bermain 371 perlawanan untuk pasukan Fenerbace dan beliau juga pernah menyarung jersi pasukan Barcelona.
Selepas dari itu, Rustu kembali menikmati karier yang begitu mantap bersama pasukan Besiktas.
Former Turkey goalkeeper Rustu Recber is in hospital after testing positive for coronavirus and is currently in a "critical period".
— Sky Sports (@SkySports) March 29, 2020
Beliau telah turun bermain dalam 124 perlawanan untuk pasukan Besiktas. Dan beliau pada ketika itu menjadi tembok yang begitu kebal untuk pasukan itu.
Rustu Recber telah mengumumkan persaraan secara rasminya pada tahun 2012.
Dalam keadaan seperti sekarang, peminat bola sepak seluruh dunia terutamanya peminat beliau sendiri sentiasa mendoakan agar Rustu kembali sembuh.
"We are shocked by the rapid symptoms that developed suddenly when everything was normal." 🙏🇹🇷https://t.co/V7s9ktTxoV
— SBS – The World Game (@TheWorldGame) March 29, 2020
Penularan virus Covid-19 di Turki kini agak serius dan sehingga sabtu lalu mereka telah mencatatkan 108 kematian gara-gara serangan dari wabak itu.
Dan pada masa yang sama, Turki juga telah mencatatkan 7,400 kes positive Covid-19 ni seluruh negara.