Ryan Babel Mendapat Kad Kuning Kerana Jenaka Anehnya

Selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara, pasukan Ajax telah turun untuk beraksi di pentas Europa League. Mereka telah diundi untuk bertemu dengan Getafe di pusingan 32 Europa League.

Padukan dari Belanda ini dipilih sebagai pasukan kegemaran untuk memenangi kejohanan ini selepas dengan mengejutnya mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Tetapi di dalam perlawanan menentang Getafe ini mereka telah dikejutkan dengan jaringan awal oleh Acosta Deyverson. Pada minit ke-37 Getafe memperoleh satu sepakan percuma dari luar kotak Ajax.

Deyverson dengan bijak telah menyempurnakan sepakan percuma itu untuk meletakkan Getafe mendahului Ajax pada babak pertama perlawanan.

Aksi Ajax dalam babak pertama ini sebenarnya jauh dari aksi sebenar mereka. Dalam tempoh 45 minit mereka gagal mencipta sebarang peluang untuk mengasak pertahanan lawan.

Sejak Erik Ten Hag mengambil alih Ajax pada tahun 2017, ini adalah perlawanan pertama mereka yang mana mereka gagal menguji penjaga gol lawan pada babak pertama perlawanan.

Ajax semakin tertekan dengan cara permainan yang ditunjukkan oleh Getafe. Pemain Getafe seperti terlalu mudah untuk jatuh walau hanya dengan berlaku sedikit saja sentuhan ke atas mereka.

Hal ini membuatkan bekas pemain Liverpool Ryan Babel emosi pada babak kedua perlawanan.
Pemain sayap Belanda itu ‘mengejek’ Allan Nyom, yang berguling-guling kerana mendakwa di kasari oleh Babel.

Pengadil memberikan sepakan percuma kepada Getafe lalu membangkitkan lagi ketidak puas hatian Babel.

Jadi apa yang dilakukan oleh Babel?

Beliau memutuskan untuk mengejek lawannya dengan meniru aksi berguling-guling di atas padang.

Apabila Nyom bangun, Babel kemudian mula meniru dia yang berpura-pura kononnya berada dalam kesakitan yang teramat sangat.

Jika ditanya, sejujurnya tindakan Babel itu sangat kelakar. Kalau siapa tengok video Babel mengejek Nyom tu dia rasa tak kelakar mungkin dia harus mendapat nasihat dari doktor pakar.

Dia punya kelakar tu sampai Babel gembira bila pengadil melayangkan kad kuning kepadanya kerana aksi mengejek Nyom.

Mereka yang memutuskan untuk berpura-pura jatuh dan mengalami kecederaan terlampau ni memang berhak di ejek. Tahniah kepada Babel kerana mengambil tindakan terhadap perbuatan yang tiada sivik itu.

Ajax akhirnya tewas dalam perlawanan ini selepas Kenedy menjaringkan gol kedua Getafe di masa tambahan perlawanan. Ajax tewas dengan keputusan akhir perlawanan 2-0.

Gergasi Belanda itu akan melakukan apa sahaja untuk perlawanan kedua pusingan 32 Europa League ini di halaman mereka sendiri Khamis depan.

Baca Juga

Baca Juga