Ryan Giggs Yakin Cavani Akan Memberi Sinar Kepada Manchester United

Bekas pemain yang bertaraf lagenda Manchester United, Ryan Giggs yakin bahawa pemain penyerang Uruguay, Edison Cavani akan memberi sinar kepada pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer yang kini di dalam kekusutan.

Kehadiran Cavani telah menimbulkan kesangsian di minda peminat Setan Merah dan bimbang dengan bayaran gaji yang tinggi Cavani gagal menyerlah seperti mana Angel Di Maria, Radamel Falcao dan Alexis Sanchez.

Giggs menzahirkan keyakinan Edison Cavani tidak akan mengikut jejak pemain Amerika Selatan yang lain seperti Maria, Falcao dan Sanchez.

Keyakinakan disuarakan oleh Ryan Giggs ke atas Edison Cavani yang merupakan lagenda pasukan Paris Saint-Germain ini bersandarkan kepada kualiti dan sikap yang dipamerkan oleh pemain penyerang itu.

โ€œCavani merupakan bintang bola sepak dunia. Perlawanan kedua aku(selaku pengurus Wales) adalah ketika menentang Uruguay dan Cavani telah menjaringkan gol membuatkan aku kagum dengan hasil usaha dan kualitinya.โ€

โ€œIni mengenai betapa cepat beliau menyesuaikan diri. Kita telah melihat pemain dari Amerika Selatan yang tidak mampu menyesuaikan diri seperti Angel Di Maria, Radamel Falcao dan Alexis Sanchez.โ€

โ€œTetapi Cavani ni dengan hasil usahanya, aku jangka beliau akan berjaya.โ€

Ryan Giggs berpendapat bahawa dengan nama besar yang ada pada Manchester United tidak akan membebankan Cavani dan Cavani akan mampu memberi impak segera.

โ€œAku fikir Cavani tidak akan berdepan masalah dengan Mancheste United sebagai kelab yang besar kerana Cavani mempunyai pengalaman untuk mengendalikan isu ini.โ€

โ€œTapi Cavani akan terus menjadi perhatian jika dia datang, Cavani perlu membuktikan sesuatu kerana sudah pasti akan ada tekanan yang diberikan.โ€

Para peminat Setan Merah dan permehati tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi kepada Edison Cavani untuk memberi impak yang segera kerana Cavani mungkin telah kehilangan ketajaman dalam perlawanan.

Ini kerana Cavani telah menolak untuk menyambung kontrak bagi beraksi di Champions League selepas liga kembali bersambung dan perlawanan terakhirnya adalah 7 bulan yang lalu ketika PSG menewaskan Borussia Dortmund.

Musim terakhirnya bersama PSG, Cavani hanya menjaringkan 4 gol dalam 14 penampilan, ini bermakna Cavani kekurangan jumlah perlawanan musim lalu dan boleh menjadi faktor yang mendatangkan kerisauan.

Cavani Penjaring terbanyak Sepanjang Zaman PSG

Edison Cavani yang berusia 33 tahun telah diumumkan secara rasmi oleh Machester United sebagai pemain terbaru mereka pada hari terakhir jendela perpindahan pemain atau nama popularnya deadline day.

Pemain penyerang Uruguay itu hadir secara percuma dengan status ejen bebas selepas dilepaskan oleh Paris Saint-Germain pada akhir bulan Jun yang lalu dengan tawaran kontrak selama setahun.

Sepanjang kariernya diperingkat kelab, Cavani telah merekodkan 341 gol dalam 556 perlawanan termasuklah 200 gol dalam 300 penampilan bersama Paris Saint-Germain selama tujuh tahun.

Harus diingat Cavani telah menghabiskan masa selama 3 musim bersama PSG dengan bermain di posisi sayap kanan kerana kehadiran Zlatan Ibrahimovic di posisi penyerang tengah(Centre-Foward).

Selepas Zlatan Ibrahimovic keluar untuk bersama Setan Merah barulah Cavani dapat bermain di tempat terbaiknya dengan merekodkan secara purata hampir satu gol bagi setiap perlawanan.

Dengan jumlah 200 gol bersama Pasukan Kota Paris itu, Cavani pergi dengan gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Paris Saint-Germain.

Edison Cavani telah menjaringkan 50 gol DALAM 116 penampilan dan satu gelaran Copa America untuk Paraguay dan pernah menjadi penjaring terbanyak di Ligue serta Serie A.

Pemain Uruguay ini telah menjaringkan 30 gol atau lebih dalam 6 musim dalam 10 musim terakhirnya.

Sebelum bersama PSG pada 2013, Cavani telah menobatkan dirinya sabagai penyerang bertaraf dunia bersama Napoli dengan menjaringkan 104 gol dalam 138 perlawanan.

Pada awal karier, Cavani bersama pasukan liga Uruguay, Danubio sebelum melebarkan kariernya ke Eropah bersama Palermo dan meletuk bersama Napoli sebelum menarik minat PSG.

BACA:ย  Premier League 2019/20: Manchester United 5-2 AFC Bournemouth