Pasukan paling power di muka bumi ini, pasukan apa lagi kalau bukan Liverpool hampir saja bermain 10 orang selepas dua minit permainan dalam perlawanan menentang menentang Arsenal di Anfield.
Ini semua gara-gara Sadio Mane yang terlibat dalam insiden kekasaran yang boleh merubah keputusan perlawanan ke atas pemain pertahanan Arsenal Kieran Thierney.
Sadio Mane terlepas bola dan cuba mengejar kembali melihat situasi itu Kieran Thierney pantas memecut untuk merebut bola.
Was Sadio Mane lucky just to get a yellow card? 🤔#LIVARS pic.twitter.com/nwqOULn0YP
— Goal (@goal) September 28, 2020
Pemain Senegal itu cuba untuk memberi perlindungan kepada bola dan menghalang pergerakan Thierney dengan melibaskan tangan dan terkena muka Thierney.
Jelas kelihatan dalam ulang tayang Mane menolak muka Thierney dengan lengannya dengan buku lima yang tergenggam kemas. Dah macam menumbuk pun ada.
Terkena hentakan keras kemuka seperti itu Kieran Thierney terus rebah ke tanah sambil memegang mukanya yang kacak lagi macho.
Should Sadio Mane have been shown a red card for this? 🤔 pic.twitter.com/r02AJc87NE
— SPORTbible (@sportbible) September 28, 2020
Melihat insiden itu pengadil perlawanan, Craig Pawson segera meniup wisel menandakan adanya kekasaran tapi nasib menyebelahi Mane apabila sekadar dilayangkan kad kuning.
Craig Pawson nyata terpaksa membuat keputusan yang besar dalam masa yang singkat yang boleh memberi impak besar kepada kedua-dua pasukan.
Mungkin kerana insiden itu telalu awal terjadi maka Craig Pawson tidak mahu membunuh keseronokan perlawanan maka hukuman ringan diberi kepada Mane.
How the hell has Mane not been Sent off for this? Technically a punch!! VAR should of seen this!! #LIVARS #Liverpool #Arsenal #SadioMane #Mane #PremierLeague pic.twitter.com/vhGY2snzqD
— EvilSimonCFC 💙 (@EvilSiimon) September 28, 2020
Ramai berpendapat terutamanya peminat Arsenal merasakan pengadil tidak berlaku adil kerana tindakan Mane patut dihukum dengan kad merah serta tidak layak berada di padang.
Gary Lineker juga tidak terkecuali untuk bersetuju bahawa Mane patut dibuang padang.
3 minutes in and @LFC could’ve been a Mane down.
— Gary Lineker (@GaryLineker) September 28, 2020
Amazing how Liverpool get away with so many things. Sadio Mane should of been shown a straight red but again the ref favours Liverpool. #LIVARS
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) September 28, 2020
Sadio Mane should be inside dressing room by now sweeping for this harsh tackle #LIVARS pic.twitter.com/Lp7jeWxswD
— Virus Man (@Habsonfloww) September 28, 2020
They probably changed the rules earlier today because Mane should be off. Red card!
— JJ. Omojuwa (@Omojuwa) September 28, 2020
Images: Just a yellow card for Liverpool’s Sadio Mane for raising his arm into Kieran Tierney’s face. 🤔 #afc pic.twitter.com/ZRVFibscp4
— afcstuff (@afcstuff) September 28, 2020
Much as I think Sadio Mane is a superb footballer and wonderful human being that was a red card
— Layth (@laythy29) September 28, 2020
Bekas pemain dan lagenda Arsenal, Tony Adams yang bersiaran di Astro Supersports berpendapat bahawa tindakan Sadio Mane itu sepatutnya kad merah dan Mane perlu meninggalkan padang permainan dengan kekasaran itu.
Penuh emosi Tony Adams yang nyata tidak berpuas hati ketika memberi ulasan mengenai insiden Mane dan Thierney selepas perlawanan tamat.
Lebih pedih lagi apabila Sadio Mane menjaringkan gol penyamaan untuk menjadi tonik kepada kebangkitan selepas Alexandre Lacazette menjaringkan gol hadiah daripada Andrew Robertson.
Lebih pedih buat penyokong Arsenal dan pembenci Liverpool apabila Sadio Mane pula telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
Arsenal masih mempunyai peluang untuk membalas dendam ke atas Liverpool apabila akan bertemu lagi di Carabao Cup dalam tempoh beberapa hari. Jika mampu la kan?