Trevor Sinclair mendakwa yang Jurgen Klopp punca mengapa Liverpool kehilangan Sadio Mane pada jendela perpindahan musim panas ini.
Beliau menganggap punca utama Sadio Mane mahu meninggalkan Liverpool adalah kerana keceluparan mulut Klopp memperkecilkan Piala benua Afrika sebelum ini.
Pengurus Senegal, Aliou Cisse turut menghentam Jurgen Klopp kerana pengurus dari Jerman itu mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi dan mencetuskan kemarahan warga Afrika.
Trevor Sinclair gives three reasons why Sadio Mane opted to leave Liverpool, including Jurgen Klopp comments (talkSPORT) https://t.co/clCtN5WMyq
— LFCNews (@LFCNews) June 24, 2022
Mane turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat bersama skuad Liverpool sepanjang tahun ini.
Selain bersama Liverpool, beliau turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat bersama skuad kebangsaan Senegal hingga berjaya membantu negaranya untuk menjulang AFCON pertama dalam sejarah mereka.
Sinclair menganggap Jurgen Klopp sebenarnya punca mengapa bintang Liverpool itu memilih untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini.
Beliau merasakan yang Mane tidak boleh meneruskan kariernya di Anfield kerana terkesan dengan komen Klopp berkait AFCON.
“Saya rasa alasan utama mengapa Jurgen Klopp kehilangan dia adalah kerana komen dia memandang rendah pada pertandingan AFCON.”
Trevor Sinclair claims Sadio Mane’s exit from Liverpool was largely because of Jurgen Klopp #sadiomane https://t.co/i66uXr6D0a
— Sports Brief (@sportsbriefcom) June 25, 2022
“Pengurus dia (Senegal) Aliou Cisse terpaksa tampil dan mempertahankan AFCON dan turut mengingatkan Klopp yang dia mula berjaya hanya kerana memiliki dua pemain dari Afrika (Salah dan Mane).”
Jelas Sinclair kepada talkSPORT.
Bekas bintang Manchester City itu kemudiannya turut mendedahkan tentang usaha Mane membantu masyarakat kampungnya itu.
“Mane merupakan seorang yang bertanggungjawab, kamu boleh nampak dia buatkan hospital, buat sekolah dan bagi kemudahan macam-macam untuk masyarakat Senegal.”
“Sebab dia memang sayangkan negara dia, maka Mane mungkin fikir dia tak boleh terima komen Klopp dan memilih untuk tinggalkan kelab.”
“Dia melalui masa yang hebat, dia dianggap legenda kelab, tapi saya tak fikir dia boleh bermain lagi selepas lalui semua itu.”
Jurgen Klopp has been blamed as the 'main' reason Sadio Mane left Liverpool.
Unbelievable this Sinclair fella. pic.twitter.com/2xBlQBF4LQ— murfioso (@JohnMur86818599) June 24, 2022
Aliou Cisse hentam Klopp kerana menghina Afrika
Pengurus Senegal, Aliou Cisse bengang dengan Jurgen Klopp kerana komen kontroversi berkait Piala Benua Afrika yang dilakukan oleh pengurus dari Jerman itu sebelum ini.
Liverpool akan turun beraksi tanpa Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita sepanjang kejohanan Piala Benua Afrika yang akan dilangsungkan dari Januari hingga Februari lalu.
Klopp sebelum ini pernah ditanya tentang halangan yang bakal beliau hadapi berkait kejohanan tersebut, dengan ayat Klopp yang menganggap pertandingan tersebut sebagai pertandingan kecil telah mencetuskan kontroversi.
Senegal boss Aliou Cisse on Jürgen Klopp:
“I respect Liverpool but not Klopp who undermines African football events. He is where he is today because of African footballers. He was losing every final until Salah, Mane, Matip came to his rescue.” 😳🇸🇳 pic.twitter.com/sMAsac7gCT
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 6, 2021
Kata-kata dari Jurgen Klopp itu sepertinya telah mengundang kemarahan pengurus Senegal, yang kini tampil menghentam pengurus dari Jerman itu.
“Klopp fikir dia siapa sebenarnya?”
Jelas Cisse memulakan perbicaraannya kepada Daily Express.
“Saya uruskan Senegal dan pemain saya bermain untuk Klopp di Liverpool.”
“Saya hormati Liverpool tapi tidak Klopp yang memandang rendah kepada acara bola sepak Afrika. Dia berada di mana dia berada sekarang kerana pemain bola sepak Afrika.”
Cisse kemudiannya mengatakan yang Klopp berhutang dengan pemain dari Afrika sebalik semua kejayaan beliau pada ketika ini.
🇸🇳 Senegal head coach Aliou Cissé (45) goes hard on 🏴 Liverpool’s boss 🇩🇪 Jürgen Klopp for describing the AFCON as a little tournament.
“Who does he think he is” #Senegal I #LFC | #TotalEnergiesAFCON2021 pic.twitter.com/MQSekDkFS9
— Micky Jnr ✪ (@MickyJnr__) December 3, 2021
Beliau turut menghentam Klopp dengan menganggap pengurus dari Jerman itu sebenarnya tiada apa-apa tanpa Salah dan Mane yang membantu beliau memenangi perlawanan akhir yang tidak pernah beliau menangi sebelum ini.
Liverpool tewas dalam aksi perlawanan akhir Europa League ketika aksi bertemu Sevilla pada tahun 2016, dan kemudian tewas dalam aksi saingan Champions League kepada Real Madrid pada tahun 2018.
The Reds kemudiannya berjaya memenangi aksi perlawanan akhir ketika bertemu Tottenham Hotspur pada musim selepas kekalahan kepada Real Madrid itu.
“Hari ini, dia berani memanggil AFCON sebagai pertandingan kecil. AFCON ada jumlah penyertaan yang sama, 24 sama seperti Euro. Jadi dia fikir dia siapa?”
Senegalese Coach Cisse : "I manage Senegal and my player plays for Klopp at Liverpool.. I respect Liverpool not Klopp,, who undermines African football events. He is where he is today because of African Footballers. Without them he was losing every Final. pic.twitter.com/uy3T9TKtGP
— Katamba Sportsblackman (@sportsblackman) December 2, 2021
“AFCON akan ada jumlah bintang yang sama seperti bintang yang bantu dia bersinar bersama Liverpool. AFCON memiliki pemain yang berkualiti sama seperti Euro.”
Sumber: SPORTbible