Sadio Mane Tidak Tahu Pemain Akan Menerima Pingat Sekiranya Liverpool Juara Liga

Liverpool hanya memerlukan empat kemenangan lagi untuk sah bergelar Juara Liga Perdana Inggeris. Kemenangan penuh dramatik menentang West Ham minggu lalu telah mendekatkan lagi Liverpool dengan kejuaraan Liga.

Liverpool hanya perlu meneruskan rentak Kemenangan menentang Watford, Bournemouth, Everton dan Crystal Palace maka kejuaraan liga sudah pasti milik mereka. Mereka akan menjadi pasukan paling awal menjulang kejuaraan Liga seawal pertengahan bulan Mac.

Tetapi diwaktu penyokong Reds dengan bahagia dan bergembira menghitung hari untuk ditabalkan Kejuaraan. Nampaknya para pemain Liverpool hanya menumpukan perhatian untuk menang dan menang sahaja.

Sebenarnya, Sadio Mane begitu tertumpu pada usaha untuk memenangi Liga sehingga beliau tidak tahu bahawa dirinya sendiri dan pemain lain akan mendapat medal jika berjaya memenangi Liga perdana.

Beliau fikir memenangi Liga hanya akan mendapat piala sahaja. Lihatlah bertapa zuhudnya penyerang Liverpool ini. Tidak hairanlah beliau menjadi antara pemain bola sepak paling di segani kerana sikap rendah dirinya.

Beliau hanya mengatahui bahawa para pemain akan mendapat pingat sekiranya memenangi Liga pada beberapa hari lalu. Jika tidak, beliau tidak akan pernah tahu tentang hal itu. Mungkin kalau Mane terus tidak tahu pasti dia terkejut waktu penyampaian hadiah nanti ada pingat.

“Saya mendengar semalam bahawa jika kita memenangi liga, kita akan mendapat pingat, saya tidak pernah tahu tentang hal itu, tetapi saya tidak peduli dengan pingat,”

katanya kepada BBC World Service pada pagi Jumaat lalu.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk petikan merendah diri Mane itu merebak di media sosial, sehingga pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketawa dan memberi reaksi cemerlang selepas mendengarnya.

Lihat video di bawah:

Brilliant! Klopp ketawa kerana berasa lucu dengan kenyataan yang dibuat oleh penyerang beliau. Liverpool sudah hampir pasti memenangi Liga dan kini hanya menunggu waktu untuk menjulangnya dan masih ada pemain yang tidak tahu bahawa memenangi Liga akan mendapat pingat.

Walaupun Liverpool kini hanya empat perlawanan lagi dari Kejuaraan Liga, dan Pasukan Liverpool telah memecahkan pelbagai rekod musim ini. Mane tetap berusaha untuk memberikan lebih lagi untuk peminat Liverpool. Mane tidak pernah puas.

Ketika pihak wartawan mengatakan bahawa Liverpool kelihatan Mudah untuk menjuarai Liga musim ini. Mane dengan zuhud dan merendah diri cuma menjawab begini sahaja

“Mudah, Oh, saya harap begitu”

“Kami tahu Liga Perdana adalah liga terbaik di dunia dan setiap perlawanan dalam Liga anda perlu memberi 100% jika anda mahu menang.

“Itulah yang kami cuba dan saya fikir ia berfungsi dengan baik tetapi kami perlu terus bekerja keras untuk mendapatkan apa yang kami mahukan.

“Target kami dari awal adalah untuk memenangi liga, jadi jika kami memenanginya, ia akan menjadi baik untuk kelab dan peminat.”

Nampak punya merendah diri seorang Mane ni. Mujur beliau tidak jawab,

“Hanya iri hati dan hasad dengki saja yang boleh menghalang kami dari menjuarai liga musim ini.”

Seperti yang dikatakan Mane, memenangi liga adalah yang terbaik untuk dirinya, pasukan dan peminat. Jadi pesanan untuk Mane, kalau dah menang Liga nanti jangan lupa ambil pingat sebelum angkat piala.

BACA:  FA Cup: Gol Backheel Jahat Firmino Bantu Liverpool Benam Shrewsbury 4-1