Safawi Mohon Maaf Selepas Mengacukan Jari Tengah Ke Arah Pak Tam

Kecoh dan tular selepas kekalahan dua gol tanpa balas Malaysia kepada Vietnam di kejohanan Piala AFF Suzuki apabila pemain paling bernilai(MVP) Safawi Rasid dikatakan mengacukan jari tengah ke arah Pak Tam.

Semuanya diketahui selepas tersebarnya perbualan Direct Message(DM) di laman Instagram yang berbentuk aduan antara seorang penyokong yang menggelar diri sebagai Pak Tam dengan ketua pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha.

Dalam aduannya kepada Zaquan, Pak Tam meminta ketua pasukan Malaysia itu menyampaikan apa terbuku di hatinya kepada Safawi supaya jangan berlagak hingga menunjukkan jari tengah.

“Cakap Safawi Jangan berlagak Bang sampai tunjuk F*ck.”

Zaquan kemudianya membalas dengan penuh berhemah dan berdiplomasi lantas ucapan maaf di buat bagi pihak Safawi dan pemain dan meminta supaya sabar dan tidak beremosi.

Namun reaksi Pak Tam agak agresif apabila mengugut untuk melingkupkan kerjaya Safawi sambil memaki hamun.

Berapi dia punya marah.

Kemudian laman Instagram malayantiger.my telah membuat satu hantaran mengenai cerita sebenar kejadian tersebut. Lelaki itu dikatakan telah memaki hamun pemain Malaysia dan tidak layak memakai jersi Malaysia.

Selepas memaki hamun, safawi pun mengacukan jari tengah mungkin seperti Tejo mengacukan jari tengah ke arah Surti. Sentap barangkali mendapat jari tengah terus meroyan, maki orang sedap kena balas tisu.

Saksi ditempat kejadian.

Ternyata tindakan Safawi itu adalah salah dan tidak profesional tetapi Safawi tetap seorang manusia seperti aku, kau dan Pak Tam yang mempunyai sesuatu yang digelar emosi.

Mengeluarkan wang ringgit, masa dan mengharungi perlawanan yang jauh juga bukan satu tiket untuk kau memaki hamun sesiapa itu adalah salah dan bila memaki hamun sudah pasti ada tindak balas.

Jangan koyak bila mendapat reaksi balas dan mengadu lalu diviralkan. Baru kena jari tengah dah macam-macam.

Safawi Rasid kemudian telah meminta maaf ekoran insiden yang berlaku ini kerana menyakitkan hati segelintir penyokong dan mengakui beliau manusia biasa dan bukannya serangga.

Steady Safawi!

Entah apa yang nak dimarah dengan Harimau Malaya pun tak tahu. Sepanjang 3 perlawanan pertama di Piala AFF 2018 Malaysia bermain teruk dan bezanya ketika menentang Vietnam adalah Malaysia tewas.

Kemudian tersebar satu lagi gambar pesanan Pak Tam kepada Zaquan dan ternyata Pak Tam telah berubah 360 darjah dan sangat lembut pesanan itu selepas melemparkan ugutan sebelum itu dan Pak Tam meminta maaf kepada Safawi.

Tam U Turn. Mungkin Kesopanan dan kesusilaan masih menebal dalam diri Tam

Pak Tam juga menafikan perkaitan beliau dengan Ultras Malaya dalam hal ini selepas nama Ultras Malaya terpalit sama ekoran tindakan penuh emosi beliau sebelum ini.

Agak misteri juga Pak Tam tiba-tiba berhemah sebelum itu berdegar-degar ayatnya.

Baca Juga

Baca Juga