Saga Perpindahan Ke Liverpool Berakhir, Nabil Fekir Kekal Bersama Lyon

Segalanya sudah berakhir sebagaimana berakhirlah sudah kisah kita dalam percintaan yang menyakitkan pengorbanan ku selama ini hanya sia-sia, begitulah tamatnya saga perpindahan Nabil Fekir ke Liverpool.

Dua kelab ini dalam perbincangan untuk pemain idaman dengna nilai perpindahan sebanyak £52.75 juta – 55 juta (£48.35juta) dengan penambahan maksimun £4.4 juta.

Sebelum ini, Liverpool berusaha keras untuk memuktamadkan perpindahan pemain tengah Olympique Lyon, Nabil Fekir sebelum pemain tersebut berangkat ke Russia untuk menghadapi Piala Dunia.

https://twitter.com/360Sources/status/1004827764678168577

Menurut sumber Sky Sports, Liverpool mahu menyelesaikan urusan perpindahan secepat mungkin bagi membolehkan Nabil fokus dengan tugasannya bersama skuad kebangsaan Perancis.

Kata putus masih belum dicapai dan acara tarik tali di antara dua pihak terus berlangsung tetapi Liverpool this is our year menjangkakan mereka mampu memeterai perjanjian dengan Lyon sebelum hujung minggu ini.

https://twitter.com/PL_PoIIs/status/1005517175401123842

Namun begitu Lyon telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Fekir akan kekal bersama Lyon untuk musim 2018/19.

Olympique Lyonnais telah memaklumkan bahawa bahawa perbincangan perpindahan Nabil Fekir bersama Liverpool gagal dan Lyon trlah membuat keputusan untuk menamatkan rundingan ini pada jam 20:00 waktu sana dan 2 pagi waktu sini.

“Walaupun Liverpool power this is our year menjadi keutamaan yang memungkinkan perpindahan Nabil dan tertakluk kepada cadangan lain yang konsisten dengan kepentingan Nabil dan Lyon. Lyon dengan gembira kerana dapat menaruh kepercayaan kepada kapten pasukan musim 2018/19 untuk mengetuai pasukan.”

“Although the club Liverpool has been the priority of a possible transfer of Nabil, and subject to other proposals consistent with the interest of Nabil and OL and from ambitious clubs, Olympique Lyonnais is delighted soon to be able to count on the presence of his captain who is a leading rookie for this season 2018/2019 during which the club will play the Champions League being in the 3rd hat of the draw.”

“Bien que le club de Liverpool ait été la priorité d’un éventuel transfert de Nabil, et sous réserve d’autres propositions conformes à l’intérêt de Nabil et de l’OL et émanant de clubs ambitieux, l’Olympique Lyonnais se réjouit dès lors de pouvoir compter sur la présence de son capitaine qui constitue une recrue de premier plan pour cette saison 2018/2019 au cours de laquelle le club disputera la Champions League en étant dans le 3ème chapeau du tirage au sort.”

Nabil Fekir sudah hampir ke Liverpool namun kisah silam mengenai kecederaan lutut membuatkan perbincangan terbantut kerana ada risiko kecederaan itu akan berulang.

Namun Liverpool dilaporkan dapat menerima kisah silam Nabil dan pernikahan hampir terjadi tetapi sangkut kewangan atau hantaran. Lyon nak sedebuk tapi Liverpool nak buat bayaran berjadual.

Itulah antara isu yang dilaporkan membawa kepada penamatan rundingan ini. Sungguh mulia Liverpool kerana dapat terima kisah silam Nabil.

Tiada insan suci yang tak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Fekir mengharungi musim yang cemerlang bersama Lyon musim lepas dimana beliau berjaya menjaringkan 21 gol dan mencatatkan 9 assists dalam 39 perlawanan.

Prestasi Nabil yang cemerlang menyebabkan namanya berada dalam skuad 23 pemain Perancis yang akan berangkat ke Russia tidak lama lagi bagi menghadapi Piala Dunia.

Selepas mengalami kekecewaan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lepas, Liverpool telah bertindak cepat bagi memperkuatkan skuad mereka dengan pemain tengah Monaco, Fabinho bakal menyertai Liverpool dalam perjanjian bernilai £43.7 juta.

Selain Fabinho, pemain yang dibeli musim lepas dari RB Leipzig, Naby Keita akan tiba musim panas ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Emre Can yang telah berhijrah ke Juventus.

Sejarah Ringkas Nabil

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan.

Beliau menjadi terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai.

Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP dan Gegar Vaganza serta menglibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan.

Nabil juga boleh dikatakan Pelawak Berdiri berbahasa melayu yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah membuka produksi perfileman sendiri yang bernama Nabil Ahmad Production S.D.N. B.H.D.

Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik kepada Ahmad bin Rais, seorang pemandu lori dan Fatimah binti Ismail, seorang guru tadika bahasa Inggeris.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil bekerja di Pos Malaysia cawangan Negeri Sembilan, sebagai penghantar surat, juga dikenali sebagai Mat Despatch.

Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Baca Juga

Baca Juga