Saham Manchester United jatuh sehingga 22% sebaik sahaja ia mula didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) pada Isnin lali selepas Sheik Jassim bin Hamad al-Thani sah menarik diri daripada perlumbaan untuk mendapatkan pemilikan kelab Premier League itu.
Kejatuhan nilai saham tersebut bermakna nilai pasaran United merudum sehingga £600 juta disebabkan sentimen dan tindakbalas pelabur selepas perkhabaran dramatik dari Old Trafford pada Sabtu lalu.
Nilai saham United kembali pulih pada lewat Isnin namun kelab itu masih merekodkan kerugian £170 juta. Pada satu ketika nilai saham United jatuh ke paras terendah sepanjang tempoh empat bulan lalu.
Kejatuhan ketara saham United memberikan indikasi kepada kekecewaan pelabur yang mengharapkan penjualan penuh kelab itu. Namun penarikan diri Sheikh Jassim bermakna ia tidak akan berlaku.
🚨💰 | JUST IN:
Manchester United shares FALL as much as 22% in premarket trading following the news that the Qatari group was stepping back from a potential takeover.
[@business] #mufc pic.twitter.com/HQ7e5eCicm
— ManUtdReports (@ManUtdReports) October 16, 2023
Pengambilalihan United oleh konsortium dari Qatar yang diketuai oleh Sheikh Jassim akan menjadikan ia sebagai pemilikan persendirian.
Walaupun demikian United kini akan kekal di NYSE dan terus dikuasai oleh keluarga Glazer. Pada masa yang sama Sir Jim Ratcliffe dijangka akan melengkapkan pemilikan minoriti saham United sekiranya usul pemilikan 25% saham kelab itu dipersetujui oleh semua pihak pada Khamis akan datang.
Perkembangan terbaru mengenai pemilikan di United kini mulai ditentang oleh kumpulan penyokong kelab itu yang tidak percaya pemilikan minoriti oleh pengasas syarikat kimia, INEOS mampu memberi jaminan masa depan yang lebih baik.
*Sir Jim Ratcliffe's first plan revealed after buying M.U
Sir Jim Ratcliffe is expected to upgrade Old Trafford stadium after buying 25% of Man Utd's shares.
Sir Jim Ratcliffe wants to upgrade Old Trafford
In recent days, the British media simultaneously reported that the… pic.twitter.com/DzTSP9h3mM
— Nguyễn Thanh Tuấn (@Tuan122896) October 16, 2023
Malah penarikan diri Sheikh Jassim untuk membida United telah menimbulkan kemarahan yang mahu keluarga Glazer keluar daripada United selepas 18 tahun mengaut keuntungan dan dividen daripada kelab.
“Kami tidak berminat dengan isu baru pemilikan saham. Kami hanya berminat untuk menyingkirkan Glazer – yang merupakan wabak yang menjadi barah di kelab ini sejak 18 tahun lalu,” kata kenyataan daripada The 1958 yang merupakan salah sebuah kelab penyokong terbesar di dalam gagasan Manchester United Supporters’ Trust (MUST).