Saingan Liga Belanda Musim Ini Dibatalkan Tanpa Pemenang

Persatuan bola sepak Belanda telah mengumumkan bahawa saingan Liga Eredivisie musim 2019/20 telah dibatalkan.

Sehubungan dengan pengumuman itu, Ajax tidak akan bergelar Juara musim ini kerana saingan liga diistiharkan batal tanpa pemenang.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Rutte, mengeluarkan kenyataan bahawa semua saingan bola sepak profesional di Belanda akan digantung sehingga September.

Pengumuman pembatalan Liga secara tidak langsung turut mengumumkan bahawa tiada penyingkiran, tiada promotion dan Ajax selaku pendahulu saingan turut tidak ditabalkan kejuaraan.

Eredivisie menjadi saingan liga utama Eropah yang pertama dibatalkan ekoran dari impak wabak Covid-19.

Pada awal minggu lalu, pasukan top flight telah mengumumkan bahawa mereka berniat untuk tidak mahu melanjutkan saingan ekorang dari kenyataan Perdana Menteri yang menggantung semua sukan di Belanda.

Dan keputusan rasmi untuk perkara ini telah diumumkan pada hari Jumaat, 24 April 2020.

Terdapat masalah untuk memutuskan pasukan yang layak ke saingan Eropah pada awalnya, namun perkara itu sudah diselesaikan.

Ajax yang kini berada di kedudukan pertama saingan liga akan layak untuk pusingan akhir kelayakan liga Juara-juara musim hadapan.

AZ Alkmaar akan bertanding dalam pusingan kedua kelayakkan untuk beraksi di Liga Juara-juara mana Feyenoord akan beraksi di peringkat kumpulan saingan Europa League.

Manakala PSV dan Willem ll pula, kedua-dua pasukan akan beraksi dalam pusingan kelayakkan untuk saingan Europa League.

Kedudukan terakhir dalam saingan Eredivisie selepas musim 2019/20 dibatalkan adalah :

1 – Ajax
2 – AZ
3 – Feyenoord
4 – PSV
5 – Willem
6 – Utrecht
7 – Vitesse
8 – Heracles
9 – Groningen
10 – Heerenveen
11 – Sparta Rotterdam
12 – FC Emmen
13 – VVV
14 – Twente
15 – PEC Zwolle
16 – Fortuna Sittard
17 – Den Haag
18 – RKC Waalwijk

“Mengikut kepada keputusan dari kerajaan, KNVB akan mendapatkan nasihat dari UEFA, maka setelah itu baru lah keputusan akan diambil.”

Kenyataan dari KNVB yang dilaporkan oleh BBC sport.

“KNVB belum secara pasti membatalkan saingan liga kerana kesulitan kewangan dalam industri bola sepak ekoran dari krisis Covid-19.”

Wartawan bola sepak Belanda, Marcel van der Kraan, turut memberitahu BBC World Service bahawa :

“Ini merupakan tamparan hebat bagi semua kelab profesional di peringkat tertinggi.”

“Eredivisie berharap mereka dapat menyambung semula saingan liga. Tetapi kami tahu mustahil untuk mengatur perlawanan dengan tiada peminat dan perdana menteri sendiri mengatakan tidak bijak melakukannya tanpa peminat.”

Masih perlu dilihat apakah saingan liga utama lain akan mengambil langkah yang sama seperti yang dimiliki FA Belanda.

Walaupun UEFA sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu pembatalan liga, namun keputusan muktamad tetap dari pihak penganjur.

Baca Juga

Baca Juga