Ribuan penyokong Bangladesh tidak ketinggalan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan negara mereka pada malam tadi.
Secara matematik, Bangladesh sudah pun tersingkir untuk ke Piala Asia pada tahun hadapan selepas terlebih dahulu tewas 2-0 kepada Bahrain dan kemudiannya 2-1 kepada Turkmenistan sebelum itu.
Namun ia tidak menghalang penyokong setia mereka untuk hadir secara berjemaah untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Bengal.
Malah ia adalah kehadiran paling ramai oleh penyokong Bangladesh daripada tiga perlawanan membabitkan pasukan itu.
Menjelaskan Bangladesh power bola lontaran ke dalam
Realitinya bola sepak bukanlah sukan utama di Banglandesh. Rakyatnya sebenarnya lebih meminati sukan kriket, iaitu sejenis sukan baling bola dengan kencang dan dipukul dengan kayu keras.
Tetapi ini tidak bermakna rakyat Bangladesh tidak meminati bola sepak. Malah mereka menggunakan taktikal dan kepakaran di dalam sukan kriket ke dalam bola sepak.
GOL! 31' Ibrahim
MAS 1 – 1 BAN#MASBAN pic.twitter.com/TU98mJPtvw
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 14, 2022
Maka tidak hairanlah mengapa pasukan Bangladesh berupaya mengancam pertahanan lawan melalui lontaran ke dalam jauh luar biasa.
Malah semua dua gol yang dihasilkan oleh Bangladesh di pusingan akhir kali ini (tewas 1-2 kepada Turkmenistan dan gol penyamaan lawan Malaysia) terhasil daripada lontaran ke dalam.
Seperti kita saksikan pada malam tadi, Bangladesh cukup mengancam apabila menyerang menggunakan gerakan set pieces lontaran ke dalam melalui pemain No.12, No.2 dan No.4.
Malaysia dan Bangladesh bersaudara
Seperti kita semua sedia maklum, terdapat lebih 1 juta penyokong rakyat Bangladesh di Malaysia.
Sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia di dalam pelbagai industri di negara ini tidak boleh dinafikan.
Salah seorang penyokong Bangladesh yang ditemuramah oleh portal Harimau Malaya berkata mereka selalu sokong pasukan Malaysia – bumi dan negara yang menjadi sumber pencarian rezeki.
"Kalau tak ada game Bangladesh, saya support Malaysia"
"Saya selalu datang stadium support Selangor!"
Temubual bersama fans Bangladesh di perkarangan stadium sebelum bermula perlawanan antara Bangladesh dan Turkmenistan#harimaumalaya#demimalaysia pic.twitter.com/jvjSPGOH4U
— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) June 11, 2022
“Kalau tak ada game Bangladesh, saya support Malaysia”
“Saya selalu datang stadium support Selangor!” Ujar beliau.
Dentuman sorakan penyokong Bangladesh sewaktu mereka menyamakan kedudukan di separuh masa pertama. Tenaga yang mereka berikan cukup hebat! pic.twitter.com/UkYOMctnVJ
— Naz 🇲🇾 (@NzrnIzhr) June 14, 2022
Tidak dinafikan ribuan penyokong Bangladesh yang hadir pada malam tadi berjaya mencipta suasana gempita di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi, terutamanya apabila pasukan itu berjaya menyamakan kedudukan.
Demikianlah bola sepak. Inilah sebabnya mengapa seluruh dunia mengatakan bola sepak itu indah.
Untuk perlawanan pada malam tadi, Malaysia dan Bangladesh adalah musuh di atas padang, tetapi Malaysia dan Bangladesh juga bersaudara.