Saka Sudah Tahu Dia Akan Jaringkan Gol Sebelum Perlawanan vs United

Pemain comel dan genit Arsenal, Bukayo Saka telah mengetahui bahawa dia akan menjaringkan gol sebelum perlawanan menentang Manchester United untuk meletakkannya sebaris dengan Thierry Henry dan Freddie Ljungberg.

Perlawanan antara Arsenal dan Manchester United merupakan antara perlawanan Premier League paling menarik bagi musim 2022/23 dengan kedua-dua pasukan saling menjual beli serangan dan Arsenal lebih banyak jualannya.

Manchester United adalah satu-satunya yang berjaya menewaskan Arsenal musim ini selepas 20 perlawanan dan mereka mahu melakukannya lagi apabila Marcus Rashford terlebih dahulu membuka tirai jaringan.

Mental Arsenal teruji dan mereka meneruskan momentum dari awal permaina dan akhirnya berjaya memadamkan gol Marcus Rashford itu hasil jaringan penyamaan dari Edward Nketiah.

Lapan minit bersambung separuh masa kedua, Bukayo Saka meletakkan Arsenal di depan untuk satu aksi kebangkitan sebelum Lisandor Martinez melakukan tandukan ala-ala anjing laut untuk menyamakan kembali defisit.

Edward Nketiah menjaringkan gol kemenangan untuk Arsenal di penghujung permainan untuk membolehkan mereka terus menjarakkan diri sebagai pendahulu Premier League dari Manchester City.

Sebelum perlawanan Bukayo Saka melaungkan keyakinan dia akan menjaringkan gol dan menyamai rekod kelab yang telah dilakukan oleh dua pemain legenda Arsenal, Thierry Henry dan Freddie Ljungberg.

Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga berturut-turut Saka menentang Manchester United dan pemain ketiga Arsenal melakukannya selepas Freddie Ljungberg (1998-2000) dan Thierry Henry (2000-2001).

Ketika ditanya oleh Sky Sports adakah dia akan menjaringkan gol ketika menentang Manchester United untuk berada sebaris dalam rekod yang dicipta Henry dan Ljungberg ini jawapan Saka:

“Cabaran diterima, itu satu penghormatan untuk berada bersama dua pemain elit itu, jadi saya harapa saya boleh melakukannya.”

Bercakap selepas perlawanan, anak jati London itu nyata gembira berjaya melakukannya dan berkata:

“Saya gembira saya berjaya menerima cabaran itu, Hello Freddiem hello Thierry! Saya gembira.”

Bukayo Saka juga menceritakan bahawa dia hampir menjaringkan gol kedua dalam perlawanan itu dan sepanjang perlawanan banyak percubaan dan umpanan dilakukan Saka.

“Saya hampir (menjaringkan gol kedua) tapi saya sangat gembira dapat menjaringkan satu gol dan memberikan saya keyakinan untuk terus merembat. Saya banyak melakukan percubaan hari ini, saya berharap akan datang akan ada lagi rembatan saya menerjah gawang.”

Kini Bukayo Saka telah menjaringkan 7 gol dan 7 assist untuk Arsenal dan dari segi statistik Saka sebaris bersama Lionel Messi, Neymar dan Khvicha Kvaratskhelia dalam lima liga teratas Eropah.

Statistik peribahi Bukayo Saka vs Manchester United sangat mengagumkan dengan 5 percubaan, 5 hantaran silang, 2 percubaan tepat dan satu gol dan pemain paling banya melakukan hantaran ke final third (27) dan paling banyak mencipta peluang (4).

Disebalik wajahnya yang comel suci lagi murni, Bukayo Saka yang kecil molek ini secara batinnya adalah raksaksa yang sangat menakutkan di dalam padang pada ketika ini.

Kegagalan sepakan penalti di final EURO 2022 bersama England menjadikannya kambing hitam dan dicerca hebat ketika usianya baru mencecah 20 tahun.

Pakar melahirkan kerisauan ketika itu, kecaman dan kegagalan dari tanggungjawab yang besar mampu memusnahkan Saka dari segi mental yang agak rapuh bagi seorang pemain muda yang dalam proses pembangunan.

Saka ternyata memiliki mental elit dan juara, apabila melalui semua kesukaran itu dengan cemerlang dan mengubahnya menjadi raksaksa bermentalkan kemenangan.

Aksi Saka di padang adalah buktinya yang memacu Arsenal dengan jayanya. Mengubah kekecewaan lalu menjadi kekuatan di masa hadapan.

BACA:  Odegaard Menghasilkan Assists Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Bukayo Saka