Saksikan Video Ozil Mengajar Teknik Chopshot Miliknya

Bintang handalan Arsenal, Mesut Ozil sangat terken dengan gaya penyudah yang agak pelik dan lebih dikenali sebagai chopshot atau rembatan pantulan.

Secara dasarnya ia lebih kepada variasi daripada rembatan chip atau looping untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Namun apa yang dilihat dari bola chopshot Ozil, ianya tidak berlegar lama di udara dan bola lambungannya juga mempunyai ketinggian yang cukup bagi mengelakkan penjaga gol menepisnya.

Teknik dan gaya sepakan juga membantu bola top spin kerana kontak dan langkah yang dilakukannya.

Dalam sebuah video di channel Youtube rasmi milik Arsenal, Timbsy dan Specs Gonzales bercakap dengan bekas pemain kebangsaan Jerman itu mengenai teknik rembatannya yang terkenal dan mereka mahu mempelajari teknik tersebut dari pakarnya.

“Jika kamu berada di depan gawang dan penjaga gol menuju ke arah anda, lalu anda cip bola tersebut, kadang-kadang pemain pertahanan mereka boleh mengeluarkan bola itu dengan mudah. Bola juga akan perlahan-lahan menuju ke gawang.”

Jelas Ozil kepada Timbsy dan Specs Gonzales.

“Tetapi jika kamu melakukan seperti ini( gerak isyarat chopshot), ia akan lebih cepat. Dan jangan lupa, ketika penjaga gol berlari ke arah anda, mereka juga biasanya akan melompat ke satu arah antara kiri atau kanan, jadi jika anda mengacah untuk melakukan shkt dan kemudian melakukan ini maka mereka sukar untuk menjangkakannya.”

Apabila bercakap mengenai tipu muslihat yang dilakukannya itu, Ozil memulakan perbicaraan dengan mengatakan:

“Rahsianya adalah kamu harus mengawal bola dekat dengan kamu. Bola juga tidak boleh terlalu cepat, jika tidak, bola tidak akan melambung dengan cukup tinggi. Sentuhan pertama juga harus baik, sudahkan bola dan rembatan dengan kekuatan dari sini( menunjuk kepada langkah).”

Pemain tengah terbaik Arsenal, Mesut Ozil telah dikaitkan dengan variasi rembatan unik begitu sejak sekian lama.

Ozil menegaskan, fasa akhir untuk melakukan chopshot, para pemain harus melakukan kontak di bahagian ke atas sedikit pada bola.

Ozil dilihat melakukan gaya penyudah jahat itu secara teratur dan sangat tenang. Dan antara gol chopshot terbaik yang dilakukannya adalah ketika aksi menentang Liverpool dalam perlawanan di premier league pada tahun 2017.

Menurut Ozil juga, untuk mahir dalam menggunakan teknik chopshot ini, ianya memerlukan latihan yang berterusan.

Selain menjaringkan gol, Ozil juga menggunakan teknik ini untuk melepasi lawan dalam kedudukan yang sukar.

Bercakap mengenai pendekatan inovatif Ozil itu, Ian Wright menyatakan:

“Dia memantulkannya dengan sengaja. Dia melakukannya ketika melawan Huddersfield dan dia juga melakukannya ketika menentang Bournemouth.”

“Daripada merembatnya ke arah penjaga gol, dia memilih melambungkan bola itu. Kamu dapat melihatnya bahawa dia memberitahu semua orang apa yang dia lakukan [ketika meraikannya].”

“Ini penyudah yang berani untuk dilakukan oleh mana mana pemain. Ia cemerlang. Ini Özil.”

Bagi menerangkan lebih terperinci tentang teknik itu, bolah disaksikan dalam video dibawah:

Ozil juga selalu melakukan assist yang cantik dengan ketepatan yang luar biasa hingga beliau terkenal sebagai pemain yang mempunyai vision yang hebat.

BACA:  Joachim Low Dedah Beliau Terlalu Rindukan Mesut Ozil