Salah Anggap Kecederaan Mane Satu Berita Buruk

Liverpool bakal menentang musuh utama mereka Manchester United tanpa kehadiran penyerang berbisa mereka, Sadio Mane yang mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Senegal untuk kelayakan Piala Dunia.

Wira negara Mesir, Mohamed Salah sedar akan hakikat bahawa Liverpool bakal bermain tanpa Mane ketika menentang Manchester United dan berharap rakan sepasukannya yang lain akan tabah menghadapi cabaran tanpa Mane.

Mane yang merupakan nadi utama Liverpool mengalami kecederaan hamstring ketika bersama Senegal dan akan kembali cergas seawal bulan November jika tiada aral yang melintang.

Mane juga mengalami kecederaan.

“Aku ada mesej Mane semasa beliau bersama Senegal dan apabila balik ke Liverpool, Mane bagitau aku bahawa beliau mengalami kecederaan. Ini merupakan satu berita buruk buat warga Liverpool.” Ujar salah kepada Liverpool Echo.

“Tapi inilah bola sepak macam-macam boleh terjadi kecuali this is our year, sekarang kami wajib fokus untuk perlawanan dan terus maju kehadapan.”

“Sabtu ni ada satu perlawanan besar, seluruh pelusuk dunia akan menonton perlawanan ini termasuklah di Bandar Baru Bangi. Perlawanan ini penting bagi kami kerana kami harus berjuang untuk memperbaiki keputusan. Aku harap kami akan menang. Ini Kalilah!”

Gambar Salah

“Kami sentiasa berjuang dalam setiap perlawanan, tapi perlawanan kali ini merupakan perlawanan besar yang mampu memberi perbezaan kepada kami. Kami harus meningkatkan kedudukan kami di liga. Kami harus berjuang berhabisan dan cuba untuk menang perlawanan ini.

Untuk rekod Liverpool hanya menang sekali sahaja dalam 4 perlawanan terakhir di Premier League dan berada di kedudukan ketujuh liga. Tujuh mata dibelakang pendahulu bersama liga yang keduanya berasal dari Manchester.

Baca Juga

Baca Juga