“Salah Bagi Apa Dekat Kau?” – Dier Fikir Krul Beraksi Cemerlang Kerana Mahu Bantu Salah Menang Kasut Emas

Rakaman Eric Dier bertanya kepada Tim Krul tentang apa yang penjaga gol Norwich itu terima dari Mohamed Salah tular di media sosial pada ketika ini.

Terdapat satu rakaman yang memperlihatkan bagaimana Eric Dier bertanya kepada Tim Krul, ‘Apa (Mo) Salah berikan kepada kau kawan?’ selepas penjaga gol Norwich City itu berkali-kali menafikan percubaan Son Heung-min dalam perlawanan di Carrow Road minggu lalu.

Tottenham Hotspur berjaya mengesahkan tempat layak ke saingan Champions League musim hadapan selepas kejayaan mereka menewaskan Norwich City 5-0 pada hari terakhir saingan Premier League.

Skuad kendalian Antonio Conte itu berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk memintas Arsenal dalam perebutan slot ke saingan Champions League.

Walaupun Norwich kalah teruk dan bolos lima gol dalam perlawanan tersebut, namun harus diakui yang mereka mungkin akan kena lebih teruk lagi andai Tim Krul tidak beraksi dengan cemerlang.

Tim Krul berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya dari Son Heung-min yang turut sedang berusaha mahu memenangi gelaran kasut emas Premier League.

Selepas melihat Krul beberapa menyelamatkan percubaan dari bintang Korea Selatan itu, Eric Dier dengan segera bergurau dan bertanya sesuatu kepada penjaga gol Norwich itu.

Beliau dengan tiba-tiba mempersoalkan adakah Krul ada menerima apa-apa dari Salah kerana beliau merasakan penjaga gol Norwich itu terlalu bersungguh menghalang Son dari menjaringkan gol.

Kamera Tottenham Hotspur sempat merakam insiden tersebut dan klip rakaman itu tular di media sosial pada ketika ini.

Son sebenarnya sudah berjaya memintas Mo Salah untuk memenangi kasut emas selepas beliau meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, Salah turut berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi bertemu Wolverhampton Wanderers, maka secara tak langsung anugerah kasut emas menjadi milik bersama Son Heung-min dan Mohamed Salah.

Son Heung-min sendiri ketika sedang beraksi bertemu Norwich beliau turut sempat bertanya perkembangan Salah dan mahu mengetahui adakah bintang Mesir itu berjaya atau tidak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan bertemu Wolves.

“Dia jaringkan gol? Salah jaringkan gol?”

Suara Son bertanya tentang perkembangan Salah ketika beliau sedang beraksi bertemu Norwich.

Son jelas sekali sangat gembira dengan kejayaan beliau memenangi kasut emas pada musim ini dan ia juga merupakan antara pencapaian terbaik sepanjang kariernya di England.

Musim ini jelas sekali antara musim terbaik Son Heung-min dan sepertinya Antonio Conte tahu cara untuk mendapatkan yang terbaik darinya.

Sudah tentu beliau bakal menjadi antara nadi terpenting dalam sistem Tottenham Hotspur pada musim hadapan, dan tidak mengejutkan andai beliau akan sekali lagi bersaing untuk merebut gelaran kasut emas itu pada musim hadapan.

Salah walau pada tahun ini prestasi beliau sangat merosot, namun aksi hebat yang beliau persembahkan pada awal musim lalu jelas sekali sangat membantu.

Selepas kegagalan beliau di pentas AFCON bersama skuad Mesir, persembahan beliau pada tahun 2022 ini jelas sekali sangat merosot.

Walau bagaimanapun, mujur saja beliau tidak dipintas oleh Son Heung-min dan satu gol yang beliau jaringkan ketika bertemu Wolverhampton Wanderers sangat membantu beliau untuk memenangi kasut emas itu.

Beliau ketika ini sedang memberi tumpuan untuk aksi dalam perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid pada hujung minggu nanti.

Salah mempunyai misi mahu membalas dendam dan jelas sekali beliau benar-benar bertekad mahu membantu Liverpool untuk memenangi gelaran Champions League ketujuh mereka di Paris nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pandangan Salah Tentang Vaksin Mencuri Perhatian Peminat Seluruh Dunia