Salah Bakal Dikurniakan Sebidang Tanah Di Mekah

Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai yang lalu, Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan.

Mohamed Salah yang dilahirkan di Basyoun pada 15 Jun 1992, kini menjadi fenomena dalam dunia bola sepak.

Ketika Salah dilihat menjadi pujaan di Liverpool, terdapat ramai lagi di luar sana memuja Salah terutama dari kalangan Bangsa Arab.

Di Liverpool ana jadi mesin cetak gol berprestasi tinggi.

Saban minggu Salah memecahkan rekod serta memenangi anugerah di Liverpool dan di Premier League. Salah kini seolah-olah tidak dapat dihentikan lagi.

1. Pemain terbaik Afrika
2. PFA Player of the year

Peribadi Salah yang penuh dengan kemurniaan hati dan kerendahan diri nyata disenangi kawan dan juga lawan tidak kira di luar atau di dalam padang, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya.

Kerana inilah Salah bakal memiliki sebidang tanah di Tanah Suci Kota Mekah. Panggilan Haji telah tiba lagi menunaikan ibadah di rumah Allah.

Salah selalu meraikan gol dengan sujud tanda kesyukuran dan sujud merupakan salah satu rukun di dalam solat(Salah).

King of Egypt. Future Ballon d’Or Winner

Naib Presiden Perbandaran Tempatan di Mekah, Fahd Al-Rowky telah menggariskan beberapa cadangan samada Salah diberikan tanah di Mekah atau dibina masjid di atas nama Salah.

“Terdapat beberapa pilihan dalam usaha menghadiahkan sebidang tanah ini. Pilihan ini akan ditentukan oleh Kapten Salah sendiri dan juga tertakluk kepada peraturan di Arab Saudi.”

“Jika Arab Saudi membenarkan tanah itu boleh di miliki Salah, maka Salah akan diberikan sebidang tanah di Kota Suci Mekah di luar tanah Haram.”

“Manakala satu lagi pilihan adalah rengan membina masjid di atas tanah tersebut dan masjid itu dinamakan sempena nama Salah.”

Masjid Salah atau Salah Masjid?

Harapan Klopp adalah untuk melihat Liverpool memenangi Liga Juara-Juara

Salah satu lagi pilihan yang ada adalah tanah tersebut akan dijual dan Salah akan menerima wang jualan tanah tersebut.

Sementara itu sebuah kedai Lubnan yang menjual Falafel juga akan memberikan makanan percuma bagi setiap gol dijaringkan Salah sempena bulan Ramadhan ini.

Tidak dapat disangkal lagi, Salah merupakan seorang muslim contoh yang boleh dibanggakan. Tetapi cukupkah sekadar berbangga dan kenapa kau tidak boleh menjadi muslim yang baik seperti Salah?

Ingatlah wahai pembaca, sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

#DoneDakwah

Sumber : AboutIslam

Baca Juga

Baca Juga