Salah Jauh Lebih Power Berbanding Ronaldo dan Messi – Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan penuh bangga telah menyatakan bahawa pemain tonggak beliau, Mohamed Salah merupakan pemain terbaik dunia ketika ini jauh lebih power berbanding Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Pujian melambung Jurgen Klopp ini hadir selepas aksi berkelas dunia terus dipamerkan oleh Mohamed Salah ketika Liverpool membelasah Watford dengan lima gol tanpa balas.

Dalam perlawanan tersebut Mohamed Salah telah melakukan satu assist genius untuk Sadio Mane sebelum menjaringkan gol melalui satu gerakan solo yang memukau dunia bola sepak.

Melihat kepada aksi pemain kebangsaan Mesir yang masih tidak menangatangan kontrak lanjutan, pujian terus dihamburkan Jurgen Klopp dengan melabel Salah sebagai pemain terbaik dunia.

Bercakap kepada BT Sport, Jurgen Klopp berkata:

“Persembahan Salah sangat menakjubkan hari ini. Hantaran untuk gol pertama sangat hebat dan gol kedua sangat istimewa. Salah terunggul.”

“Kita semua melihatnya. Siapa lebih baik daripada Salah?”

“Kita tidak perlu bercakap mengenai apa yang Messi dan Ronaldo lakukan untuk dunia bola sepak dan dominasi mereka. Tetapi sekarang, Salah yang terbaik.”

Ketika ditanya penilaian beliau untuk prestasi secara keseluruhan ini jawapan Jurgen Klopp:

“Bagus! Aku tidak dapat mengatakan ada perbezaan. Selepas rehat antarabangsa, sukar untuk menemukan semula rentak setelah bermain dengan sistem yang berbeza.”

“Tetapi pemain aku begitu bagus walaupun hanya memiliki satu sesi latihan sebelum hari ini.”

“Aku fikir Watford mempunyai idea, tetapi kami tidak membiarkan mereka bermain. Jaringanya sangat cemerlang, ada sikap, tenaga dan watak yang hebat.”

Jurgen Klopp menjangkakan Mohamed Salah akan terus memberikan sesuatu yang lebih lantaran usianya yang masih lagi mampu untuk dipertingkatkan permainan.

“Salah berada diusia di mana kau masih boleh meningkat dan dia melakukannya secara konsisten. Kau tengok gol pertama yang direncana Salah untuk Sadio Mane, satu hantaran yang luar biasa.”

“Salah mula melakukan perkara sebegitu sejak rehat musim panas. Selepas itu Salah selalu melakukan perkara seperti itu.”

Jurgen Klopp memuji para pemainnnya yang mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan dan meningkatkan permainan lantara masa latihan yang ada tidak cukup untuk mengajar pemain perkara baru.

“Bagaimana aku katakan, kita tidak mempunyai masa berjam-jam dan berjam-jam untuk melatih perkara yang berbeza. Tetapi pemain aku meningkatkan permainan mereka sendiri.”

“Konsistensi yang Salah tunjukkan, semua jenis kemahiran ini, mungkin orang baru mula melihatnya tapi benda tu dah lama ada. Salah bermain untuk kami selama lima tahun sekarang tetapi sangat luar biasa prestasinya sejak dia tiba di sini.”

“Salah merupakan salah seorang dari lima teratas sejak dia berada di Liverpool. Dan sekarang dia adalah yang terbaik.”

“Perkara besar yang dilakukan oleh Cristiano dan Messi tiada seorang pun meraguinya sejak bertahun lalu, tetapi Mo sudah berada di tahap teratas selama bertahun-tahun juga dan masih banyak yang boleh datang darinya kerana keinginannya yang tinggi. Dia hanya mahu beraksi di peringkat tertinggi.”

Begitulah pujian yang menggunung dari Jurgen Klopp kepada Salah mungkin dengan harapan Salah akan melanjutkan kontrak tanpa meminta gaji yang bukan-bukan.

Assist Genius Dan Gol Gelecekan Gila Salah

Mohamed Salah terus mempamerkan aksi genius dan tidak masuk akal dipadang bola sejak musim baru bermula kali ini dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool membenam Watford lima gol tanpa balas.

Pemain kelahiran Mesir itu telah mencetuskan aksi sensasi dengan satu bantuan gol yang sangat genius ditambah pula dengan aksi gelecekan persis legenda dunai, Diego Maradona.

Mohamed Salah menjadi mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai nadi pasukan Liverpool bukan sahaja setakat menjaringkan gol malahan mampu merencana kepada gol yang dijaringkan rakan sepasukan.

Dalam aksi menentang Watford yang merupakan sebuah pasukan yang amat biasa sahaja tetapi Mohamed Salah berterusan menunjukkan aksi luar biasanya ke tahap lebih tinggi.

Pada minit ke-9, Mohamed Salah melakukan assist tidak terduga akal pemain Watford kepada Sadio Mane. Di mana pemain antarabangsa Mesir itu mengilas bola dengan bahagian luar kasutnya.

Menerima hantaran melalui tandukan dari Jordan Henderson, Mohamed Salah berjaya lepas dari tekanan yang dilakukan oleh Danny Rose.

Visi Mohamed Salah segera mengesan larian yang dilakukan oleh Sadio Mane lalu terus dilepas hantaran dengan bahagian luar kasutnya, meleleh bola sampai kepada Mane.

Sadio Mane menerima bola itu dan menjaringkan gol penting dalam kariernya di EPL. Ini apabila Mane mencetak gol ke-100 dalam EPL.

Sudah tentu ianya bukan assist yang mudah dilakukan oleh Salah, namun teknik yang sempurna itu membuatkan kemungkinan itu wujud.

Seterusnya pada separuh masa kedua, Mo Salah meletakkan dirinya sebagai penjaring gol. Kali ini, Salah seakan budak Tik Tok menari nari menggelecek menewaskan pertahanan Watford sampai ada yang terduduk.

Dikepung tiga pemain Watford secara rapat namun Salah berjaya lepas. Craig Cathcart tidak berputus asa dan cuba menghalang Salah namun dihantar ke tanah dengan gerakan badan yang mengelirukan lagi menggiurkan.

Salah mendapat ruang yang dia inginkan dan melakukan gol tipikal Mo Salah yang melencong ke hujung gawang.

Ketenangan Salah bergerak di kawasan sempit dengan kawalan yang diibaratkan oleh pundit Martin O Neil sebagai gerakan menggunakan naluri. Segalanya serba semulajadi.

Ianya ibarat dejavu, kerana Mo Salah sebelum ini pernah mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan gelecekan yang sama. Dan pasukan itu juga Watford.

Bukan pertama kali beliau melakukannnya, malah berkali kali.

Mohamed Salah memiliki rekod gol yang sangat cemerlang ke atas Watford sebelum ini.

Salah berjaya menamatkan aksi dengan menjadi MOTM. Di mana Salah menjaringkan 1 gol, mencetak 1 assist. Melakukan 68 sentuhan, mencipta 2 hantaran bahaya.

Seterusnya, Salah turut mencipta 1 peluang keemasan, dengan 3 gelecekan lolos dan 100% hantaran jauh tepat.

Liverpool menang 5-0 dalam aksi di Vicarage Road. Di mana Roberto Firmino melakukan hatrik.

Mane dan Salah masing masing dengan 1 gol untuk melengkapkan pemain trio serangan, kesemuanya menjaringkan gol.

BACA:  Salah Mahu £500k Seminggu Untuk Kontrak Baharu?