Mo Salah terpaksa diiring keluar dari padang oleh petugas keselamatan selepas beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti, seterusnya menguburkan terus harapan Mesir untuk tampil di pentas Piala Dunia Qatar.
Perlawanan tersebut seolah-olah perlawanan ulangan aksi perlawanan akhir saingan AFCON antara Mesir dengan Senegal dan kali ini pemenang juga ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Mesir berjaya memenangi aksi leg pertama dengan keputusan 1-0, namun Senegal berjaya mengikat kedudukan dengan memenangi aksi leg kedua dengan keputusan sama.
Mohamed Salah subject to racist abuse during World Cup play-off defeat to Senegal, claims Egypt FAhttps://t.co/xVgdsmAJne
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 30, 2022
Gol sendiri jaringan Hamdi Fathi sudah cukup untuk bantu Senegal mengikat Mesir 1-1 seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.
Kedua-dua pasukan gagal untuk mencari gol tambahan dan pemenang perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
I mean, just look at this. Salah sails his penalty over… and surely anybody would, given the lasers.
Mane scores, Senegal wins the shootout, Egypt out of the World Cup pic.twitter.com/tgHmCmW8uu
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 29, 2022
Kedua-dua pasukan gagal untuk menyempurnakan dua sepakan penalti awal mereka dengan Kalidou Koulibaly menjadi pengambil sepakan pertama Senegal, dan Salah pengambil sepakan pertama Mesir.
Saliou Ciss dan Zizo kemudiannya turut gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti masing-masing sebelum Ismaila Sarr jadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol.
Amr El Solia kemudiannya turut berjaya menjaringkan gol untuk Mesir seterusnya menambah kesengitan pertembungan antara kedua-dua pasukan ini.
Bamba Dieng kemudiannya meledak gol untuk Senegal sebelum Mostafa Mohamed gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Mesir.
Sadio Mane sekali lagi menjadi wira kemenangan Senegal dengan beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti kelima, untuk membawa negaranya ke Piala Dunia.
Sepertinya ini kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan beliau membuat sahabatnya, Mohamed Salah menangis ketika beraksi di pentas bola sepak antarabangsa.
😲 Mohamed Salah just moments before his missed penalty for Egypt tonight!
Should he have been allowed to retake it? pic.twitter.com/OFrr7nV8HT
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 29, 2022
Salah dikatakan tak boleh fokus ketika mahu mengambil sepakan penalti tersebut dek kerana para penyokong Senegal menyuluh laser tepat ke mukanya.
Bahkan bukan hanya itu sahaja layanan buruk yang beliau terima dari para penyokong tuan rumah hari ini, dengan Salah turut menjadi mangsa lemparan objek oleh penyokong Senegal yang berada di Stadium.
💔💔The attempt to attack Mohamed Salah by the Senegalese fans after the match, it is really a tragedy pic.twitter.com/bXZT6Lo6PY
— Mosalah 🇪🇬🐐 (@z2hanysalah) March 29, 2022
🚨⚠️Violence in Senegal
The Senegalese fans tried to attack Egypt's captain Mohamed Salah and threw objects at him while he is leaving the pitch #Africa #Egypt #Qatar2022 #SENEGY #Salah #Laser #WQC2022 #CAF_Scandal_in_Senegal | #مصر #السنغال #قطر2022 #منتخب_مصر #صلاح pic.twitter.com/znFXtuyspr
— Egypt Today Magazine (@EgyptTodayMag) March 29, 2022
Ramai penyokong yang menceroboh masuk ke padang untuk meraikan kejayaan Senegal layak ke pentas Piala Dunia tahun ini.
Ada segelintir dari mereka yang memanfaatkan kesempatan dapat masuk ke stadium dengan mengejar pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah.
Beberapa petugas keselamatan terpaksa mengawal Salah dari terus dihurung dan dikejar oleh para penyokong Senegal yang menceroboh masuk ke padang.
Mohamed Salah turut diiring untuk masuk ke terowong dan kembali ke bilik persalinan namun beliau berdepan hal yang mengerikan ketika sedang menuju ke terowong.
Para penyokong Senegal yang ada di tempat duduk di laluan terowong itu melempar pelbagai objek ke arah Salah dan ia jelas satu hal yang sangat memalukan.
Sadio Mane scored back-to-back winning penalties to win the AFCON Final and to send Senegal to the World Cup 🙌 pic.twitter.com/mRKe7XH0FD
— ESPN FC (@ESPNFC) March 29, 2022
Para peminat di media sosial menghentam teruk tindakan penyokong Senegal yang melemparkan objek ke arah Mohamed Salah.
Bukan hanya itu sahaja, para peminat bahkan turut mempersoalkan tentang mengapa sepakan penalti Salah tetap diambi kira, walaupun ada gangguan dari laser yang menyuluh matanya.
“Bagaimana pengadil boleh meneruskan aksi penentuan sepakan penalti itu? Bukan satu dua laser, sampai penuh muka pemain dengan suluhan laser itu.”
“Suluhan laser dari penyokong Senegal ke arah muka Mohamed Salah itu sangat memalukan, dan saya hairan mengapa hal itu seolah tak dipedulikan.”
“Mengarut, macam mana Salah nak bagi perhatian kalau laser tu betul-betul dekat muka dia? Piala Dunia jadi pertaruhan dan hal macam ini dibenarkan. Memang tak adil.”
“Salah jarang sepak penalti tersasar jauh macam itu, jelas sekali ini semua punca dari suluhan laser itu. Kenapa benda tu nampak biasa saja di mata mereka?”
“Saya tak rasa keputusan itu adil, laser tu memang mengganggu pemandangan dan tumpuan. Adakah hal itu dibenarkan sekarang? Memalukan.”
Sadio Mané shoots Senegal to the World Cup in Qatar! pic.twitter.com/0ONo7YvjZk
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) March 29, 2022
Senegal, Cameroon, Morocco, Tunisia dan Ghana masing-masing berjaya melayakan diri untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.
Pasukan gergasi seperti Mesir, Nigeria dan Algeria masing-masing terpaksa akur tidak dapat beraksi di pentas Piala Dunia, selepas tewas di pusingan akhir play-off.
Sumber: SPORTbible