Salah Memenangi Anugerah PFA Player Of The Year Kedua Peribadinya

Bintang Liverpool, Mohamed Salah berjaya memenangi anugerah PFA Player Of The Year buat kali kedua sepanjang kariernya, selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang musim lalu.

Salah berjaya menjaringkan 23 gol dalam saingan Premier League musim ini seterusnya berjaya membantu beliau memenangi anugerah kasut emas bersama Son Heung-min.

Pemain kebangsaan Mesir itu juga berjaya mendominasi carta senarai pemain paling banyak mencatatkan assists sepanjang musim ini dalam saingan Premier League.

Terbaru, bekas bintang Chelsea dan AS Roma itu berjaya memenangi satu lagi anugerah individu pada tahun ini selepas beliau sah dinobatkan sebagai pemenang anugerah PFA Player Of The Year pada tahun ini.

Salah jelas sekali memainkan peranan penting dalam membantu Liverpool untuk memenangi dua piala domestik pada musim ini.

Beliau turut berjaya membantu Liverpool untuk mencabar kejuaraan Premier League sehingga ke hari terakhir saingan musim ini sebelum Man City sah dinobatkan sebagai juara.

Salah juga turut memainkan peranan penting dalam membantu Liverpool untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League musim ini.

Kehebatan dan kebolehan beliau jelas sekali disedari oleh pengundi PFA yang kemudiannya mengundi beliau untuk memenangi anugerah tersebut.

Kini hanya Salah seorang sahaja dari sembilan pemain dalam sejarah pemenang anugerah PFA yang berjaya memenangi dua anugerah tersebut sepanjang kariernya.

Bintang Liverpool itu mendapat saingan yang sengit dari pemain seperti Kevin De Bruyne, Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Virgil van Dijk dan Sadio Mane untuk memenangi anugerah tersebut.

“Ia merupakan satu kebanggaan untuk memenangi piala, individu atau berpasukan dan yang ini memang sangat besar, jadi saya sangat gembira dan bangga dengan kejayaan ini.”

“Yang ini sememangnya sangat bagus terutama kerana ia diundi oleh para penyokong. ia menunjukkan yang kamu sudah melakukan yang terbaik dan kamu dapat apa yang kamu usahakan.”

“Saya simpan semua piala di kabinet dalam bilik saya dan saya akan pastikan ada ruangan tambahan untuk tambah banyak lagi piala. Saya memang akan sediakan ruang yang cukup dan membayangkan akan ada piala lain yang bakal tiba lagi.”

“Ketika kamu semakin tua, kamu akan rasa macam kamu semakin stabil dan kamu benar-benar tahu apa kamu mahu dalam bola sepak, jadi saya cuma mahu bertenang dan membantu pasukan. sebab itulah jadi punca kenapa saya menang anugerah playmaker.”

“Ketika kamu beri tumpuan kepada perlawanan, dan ketika kamu berusaha memudahkan urusan rakan sepasukan kamu, ia sebenarnya akan turut memudahkan kamu.”

Selain memenangi anugerah PFA, Salah turut tersenarai dalam senarai kesebelasan terbaik saingan Premier League bersama lima lagi rakan sepasukannya dari Liverpool.

Bintang muda Manchester City, Phil Foden berjaya untuk memenangi anugerah PFA Young Player Of The Year buat kali kedua berturut-turut pada musim ini.

Pemain kebangsaan England itu berjaya menjaringkan sembilan gol dalam saingan Premier League musim ini dan beliau juga turut memainkan peranan penting dalam membantu kelabnya menjuarai saingan Premier League.

Foden turut sangat gembira atas kejayaan beliau memenangi anugerah tersebut dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini sejujurnya, apa lagi memikirkan saya memenanginya berturut-turut, ia menunjukkan yang saya musim ini konsisten dan saya betul-betul teruja untuk menerima anugerah ini.”

“Semua pemain terbaik di dunia perlu menunjukkan konsistensi dan terus pamerkan aksi terbaik di peringkat tertinggi, dan tahun ini saya cuba lakukan hal yang sama dan membantu pasukan saya sebaik yang mungkin. Saya memang sangat gembira dengan persembahan saya sepanjang tahun ini.”

“Semoga saya boleh memenangi anugerah individu yang lebih besar di masa hadapan, tapi semuanya memerlukan sesuatu untuk mengorak langkah dan berkembang. Saya sentiasa gembira untuk memenangi anugerah individu, ia satu hal yang menarik dan saya sangat gembira tentang itu.”

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Kerana Sembang Kencang Sebelum Perlawanan, Aboubakar Malu Sendiri Lepas Ditewaskan Oleh Egypt