Salah Menang Anugerah BBC African Footballer of the Year 2017

Ya tidak Salah lagi apabila pemain berbisa Liverpool dan pembelian paling berbaloi-baloi musim ini, Mohamed Salah telah diundi untuk menjadi pemenang anugerah BBC African Footballer of the Year 2017.

Salah muncul pemain terbaik benua Afrika dengan mengetepikan pecabarnya yang lain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Naby Keita, Sadio Mane dan Victor Moses untuk meraih anugerah ini buat pertama kali dalam kerjayanya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Salah apabila diberi trofi kemenangan dan ketika bercakap kepada BBC Sport, Salah berkata :

“Salah sangat gembira menang anugerah ini, ini sesuatu yang sangat istimewa bagi Salah.”

“Salah juga mahu memenangi anugerah ini lagi tahun hadapan.”

“Salah berterima kasih kepada semua, rakan sepasukan dan orang-orang yang berkerja bersama Salah.”

“Salah sangat gembira bersama Liverpool. Salah membuat permulaan yang baik bersama kelab dan pengurus.”

“Musim lalu Salah melalui musim yang bagus dengan Roma dan Salah juga berterima kasih kepada rakan sepasukan di pasukan kebangsaan.”

Salah kini melalui musim cemerlang di Premier League setakat ini dengan menjaringkan 19 gol untuk gergasi Merseyside itu. Salah juga memainkan peranan penting apabila membawa Mesir ke Piala Dunia tahun hadapan.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Salah telah terlibat dalam semua gol yang dijaringkan oleh Mesir dengan 5 gol dan 2 bantuan gol.

Salah merupakan pemenang ketiga anugerah ini berturut-turut dari Premier League. Yaya Toure dari Menachester City menang pada tahun 2015, Riyad Mahrez tahun lalu bersama Leicester City.

Baca Juga

Baca Juga