Salah Pemain Afrika Pertama Memenangi Anugerah The Football Writers’ Player Of The Year

Musim cemerlang Mohammed Salah berterusan dan seolah tidak berpenghujung, anugerah demi anugerah dan rekod demi rekod diraih serta direkod Salah saban minggu dan waktu.

Yang terbaru pemain sensasi Liverpool dan dunia ketika ini menjadi pemain dari Afrika pertama memenangi anugerah The Football Writers’ Player Of The Year atau pemain terbaik tahunan pilihan penulis bola sepak.

Salah yang setakat ini telah menjaringkan 43 gol dan merekod 13 bantuan gol dalam semua pertandingan baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah PFA Player of The Year

Musim pertama yang mengujakan bagi Salah di bawah Jurgen Klopp.

Salah sekali lagi menewaskan Kevin de Bruyne yang menerima kurang 20 undi berbanding Salah dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Klaim berada di tempat ketiga.

Dalam anugerah ini Salah dan de Bruyne menerima 90 peratus undi. Manakala selebihnya 10 peratus lagi undian dibuat ke atas Harry Kane, Sergio Aguero, Christian Eriksen, Roberto Firmino, Nick Pope, David Silva, Raheem Sterling dan Jan Vertonghen.

Pemenang The Football Writers’ Player Of The Year :

1. Mohammed Salah – Liverpool
2. Kevin de Bruyne – Manchester City
3. Harry Kane – Tottenham Hotspur
4. Sergio Aguero – Manchester City
5. Christian Eriksen – Tottenham Hotspur
6. Roberto Firmino – Liverpool
7. Nick Pope – Burnley
8. David Silva – Manchester City
9. Raheem Sterling – Manchester City
10. Jan Vertonghen – Tottenham Hotspur

Secara inidividu, Salah meraih banyak anugerah peribadi. Pada awal tahun ini, Salah dipilih sebagai pemain terbaik Afrika. Memenangi beberapa kali anugerah terbaik perlawanan dan bulanan.

Antara Anugerah di menangi Salah :

1. PFA Player of the year
2. Football Writer Player of the year
3. African Player of the year
4. Arab Player of the year
5. Chelsea
6. Arsenal
7. Membawa Mesir ke Piala Dunia
8. Tempat kedua Pilihanraya Presiden Mesir.
9. 43 Gol
10. Liverpool player of the month – 5 kali
11. PFA player of the month – 4 kali
12. Premier League player of the month – 3 kali
13. Champions League player of the month – 3 kali
14. Pemenang peraduan gores dan menang The Sukan

Baca Juga

Baca Juga