Salah Sebabkan Vodafone Mesir Rugi £100 Juta Setiap Kali Jaringkan Gol

Mohammed Salah telah menyebabkan Vodafone Mesir mengalami kerugian sehingga £100 Juta untuk setiap gol yang dijaringkannya bersama kelab terhebat di muka bumi ini yang tiada dua, hanya satu iaitu Liverpool power this is our year!

Pemain berusia 25 tahun itu telah memberi persembahan yang begitu berinspirasi kepada Liverpool dan terus menyamarakkan semangat “this is our year” sejak hadir ke Anfield dari AS Roma. Salah juga menjadikan dirinya sebagai pemain digeruni di Premier League.

Mo Salah musim ini telah menjaringkan gol dari semua sudut, kiri, kanan, tengah, atas, bawah dan termasuklah melalui sudut bacaan. Namun kini jaringan Salah telah menyebabkan Syarikat Vodafone Mesir terpaksa menanggung kerugian.

Salah Harimau yang sebenar yang menjadi kebanggaan Rakyat Mesir.

Setakat ini Salah telah menjaring 40 gol dalam 45 perlawanan selepas menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan yang berbaloi-baloi £34 juta sahaja pada musim panas lalu. Salah juga unggul sebagai penjaring terbanyak Premier League dengan 30 gol.

Kehebatan Salah membawa Liverpool selesa di tangga ketiga liga dan berjaya memacu Liverpool ke Suku Akhir Champions League dan bakal menentang Manchester City.

Tidak seperti penyokong Liverpool yang lain seperti rakyat Mesir, penulis dan kau yang sedang membaca perenggan ini, Perusahaan telekomunikasi, Vodafone Mesir pasti tidak gembira apabila Salah menjaringkan gol.

King Salah

Ini kerana Vodafone Mesir telah menandatangani kerjasama bersama Mohammed Salah untuk mempromosikan syarikat telekomunikasi gergasi itu di mana Vodafone Mesir akan memberi panggilan percuma selama 11 minit setiap kali Salah menjaringkan gol.

Bermula 20 Mac yang lalu mana-mana pengguna yang melanggan pelan ‘Mo Salah World’ akan dapat menikmati bonus panggilan percuma tersebut setiap kali Salah menjaringkan gol sehingga tamat musim ini.

Berdasarkan kepada laman sesawang Vodafone Mesir mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai 43 juta pengguna aktif yang berdaftar di Mesir dengan kadar panggilan sekitar 25p.

Ini menyebabkan Vodafone Mesir telah mengalami kerugian hampir £100 juta setiap kali Salah menjaringkan gol. Selepas menjaringkan 4 gol ketika menentang Watford tiada tanda-tanda Salah akan merosot dan gagal menjaringkan gol.

Celakanya lagi, Salah belakangan amat rajin mencetak gol. Nyaris di setiap pertandingan dia menorehkan namanya bahkan kerap lebih dari satu kali.

Secara tidak langsung Salah ‘The King of Egypt’ telah berbakti kepada Bangsa Mesir yang selama ini berbangga dengan pencapaian yang telah Salah pamerkan.

Baca Juga

Baca Juga