Salah Terus Cipta Rekod Untuk Kukuhkan Kedudukan Beliau Sebagai G.O.A.T Premier League

Mohamed Salah mencipta rekod baru peribadinya, seterusnya menyamai rekod dalam saingan Premier League yang dipegang oleh Jamie Vardy sebelum ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol atau mencatatkan assists dari 15 perlawanan terakhir liga secara berturut-turut .

Ia merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan Salah akan menjaringkan gol atau setidak-tidaknya mencatatkan assists dalam kesemua 15 perlawanan Liverpool dalam saingan liga secara berturut-turut.

Beliau kini sudah menjaringkan 15 gol dan turut mencatatkan 9 assists untuk bantu Liverpool mencabar Man City yang kini hanya satu mata sahaja di depan mereka.

Ketika aksi bertemu Newcastle awal pagi tadi, Salah berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan The Reds mencatatkan kemenangan 3-1 bertemu The Magpies.

Satu gol jaringan beliau itulah yang telah membantu Salah untuk menyamai rekod Jamie Vardy sebagai pemain yang berjaya terlibat dengan gol dari 15 perlawanan terakhir liga secara berturut-turut.

Beliau juga dalam perlawanan ini berjaya mencipta rekod baru untuk kelab dengan Salah menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan gol dari setiap pertemuan bertemu Newcastle di Anfield.

Dari lima pertemuan bertemu Newcastle di Anfield dalam saingan Premier League, Salah berjaya menjaringkan gol dalam semua perlawanan tersebut.

Kali terakhir ada pemain yang berjaya menjaringkan gol dari empat perlawanan bertemu Newcastle di Anfield secara berturut-turut adalah Roger Hunt yang melakukan hal tersebut pada tahun 19961-67.

Mohamed Salah kini sudah jauh mendahului pemain lain dalam carta perebutan kasut emas dengan pesaing terdekatnya adalah Diogo Jota yang kini sudah menjaringkan sembilan gol.

Musim ini sahaja sudah banyak rekod yang berjaya Salah pecahkan dan sepanjang kariernya bersama Liverpool, sudah terlalu banyak rekod kelab, mahupun rekod Premier League yang berjaya dipecahkan olehnya.

Tidak akan mengejutkan andai Salah akan terus dikenang sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah saingan Premier League, selepas melihat sumbangan beliau.

Beliau juga pada ketika ini merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan, Premier League.

Tidak ada mana-mana pemain dalam dunia bola sepak hari ini, yang telah menunjukkan tahap prestasi sehebat Mo Salah dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Seandainya beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan sehebat ini, tidak mustahil untuk melihat Salah bakal memenangi anugerah Ballon Dโ€™or pada tahun hadapan.

Beliau pada ketika ini menjadi pemain terpenting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp dan menjadi nadi sebalik kejayaan Liverpool untuk dominan dalam saingan Premier League mahupun Champions League.

Para peminat juga sedang mendesak pihak kelab supaya bersetuju sahaja dengan gaji yang Salah minta, agar bintang Mesir itu boleh terus bersama kelab.

Pemilik kelab jelas sekali bakal berdepan kecaman yang teruk seandainya beliau menolak permintaan Salah, dan melepaskan pemain Egypt itu.

Salah sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau mahu terus kekal di Anfield dan bermain bersama Liverpool sehingga ke penghujung kariernya.

Namun begitu, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Liverpool sendiri, sama ada mahu terus mendapatkan khidmat beliau, atau tidak.

Melihat kepada persembahan dan sumbangan Salah, sepertinya gaji yang beliau minta itu sudah sangat berbaloi untuk dipersetujui oleh Liverpool.

Beliau berhak untuk mendapatkan gaji seperti itu atas sumbangan dan impak yang beliau tunjukkan untuk membantu Liverpool menjadi antara pasukan paling digeruni lawan.

Diogo Jota, Mohamed Salah dan Trent Alexander Arnold berjaya mencipta nama sebagai penjaring gol dalam membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Newcastle awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Liverpool dalam carta liga, dengan mereka kini berada satu mata sahaja di belakang pendahulu saingan Premier League, Manchester City.

Sumber: Liverpool FC

BACA:ย  Cottee: Salah Bernilai ยฃ150 Juta Jika Liverpool Mahu Menjual Beliau Musim Panas Nanti