Salah Tidak Salah Maka Tiada Hukuman Penggantungan 3 Perlawanan

Tiada tindakan dan hukuman dari FA ke atas Salah selepas insiden Salah menghayunkan tangan kirinya ke kepala Bruno Martins Indi.

Satu kelegaan buat Liverpool dan penyokong mereka serta buat semua peminat Salah di Kodiang, Kuala Krai, di Parlimen dan di DUN yang bertanding.

Football Association(FA) tidak kemukakan sebarang pertuduhan ke atas Salah, maka tanpa pertuduhan tiadalah hukuman.

Oleh kerana tiada sentuhan dari hayunan Salah ke muka Martins Indi, panel yang dilantik FA terdiri dari bekas pengadil memutuskan tiada kejadian melibatkan keganasan tidak terkawal selepas meneliti video rakaman.

Keputusan ini sekaligus menutup tuduhan liar bahawa FA mahu menggantung Salah kerana mahu Harry Claim muncul sebagai penjaring terbanyak Premier League.

Betullah kata Mufti Wilayah Persekutuan :

“Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.”

Salah Bakal Digantung 3 Perlawanan Kerana Menumbuk?

Sensasi bola sepak dunia ketika ini, Mohammed Salah dikatakan bakal digantung 3 perlawanan jika didapati bersalah.

Dalam perlawan menentang Stoke City yang berkesudah seri tanpa jaringan Salah di lihat melemparkan satu tumbukan padu ke arah Bruno Martins Indi.

Selepas ditarik-tarik dan diasak-asak dengan laju Salah menghayunkan tangan kirinya ke kepada Bruno Martins Indi.

Pengadil tidak menyedari peristiwa itu dan kini semuanya terserah kepada FA untuk membuat keputusan.

Jika Salah didapati bersalah maka pergantungan 3 perlawanan milik Salah.

Maka berakhirlah perebutan kasut emas Salah. Harry Kane masih berpeluang mengejar dengan baki 4 perlawanan di kaki.

Kedudukan perebutan kasut emas.

1. Leo Messi – 32 goals (4 games left)
2. Mo Salah – ️ 31 goals (2 games left)
3. Ciro Immobile – 29 goals (4 games left)
4. Robert Lewandowski – 28 goals (2 games left)

Adakah tumbukan Salah itu terkena Bruno Martin?

FT Liverpool 0-0 Stoke City

Satu petang kau ku lihat menanti seorang teman, teman yang takkan datang.

Begitulah aksi janggal Salah apabila tidak menjaringkan gol tatkala semua menanti rekod untuk dipecahkan atau disamakan.

Salah terlepas peluang terbuka. Gol Ings dibatalkan kerana offside. Bola terkena tangan tiada penalti.

Apapun Liverpool power!

Baca Juga

Baca Juga