Sam Allardyce Melabel Cara Permainan Unai Emery Sebagai Sesuatu Yang Bodoh

Bekas pengurus Everton dan England, Sam Allardyce telah mengkritik dan mengutuk lalu melabel cara permainan yang diterapkan oleh pengurus baru Arsenal, Unai Emery sebagai satu cara yang bodoh.

Big Sam bukanlah pengurus kegemaran ramai kerana ketika mengendalikan pasukan beliau menerapkan cara permainan lama yang menjadi kiblat bola sepak Malaysia iaitu lambung, lambung, lambung dan bertahan gila-gila.

Bab bertahan ni mungkin Jose Mourinho terpengaruh dengan cara Big Sam. Jadi sudah pasti Sam Allardyce tidak menyukai dan tidak serasi dengan acuan bola sepak moden yang diamalkan oleh Pep Guardiola, Jurgen Klopp, Mauricio Pochettino dan Maurizio Sarri.

Pengurus England dengan rekod 100% menang. Gambar : Soccer Bible

Pengurus diatas ini banyak mengamalkan dan menerapkan cara permainan dengan tekanan tinggi (high pressing) dan bola sepak menyerang (attacking football) yang sangat berbeza dengan cara old School Big Sam.

Maka tidak hairanlah apabila lelaki tua berusia 63 tahun itu bengang dan marah apabila menyaksikan anak-anak buat Unai Emery bermain dengan membuat gerakan dari bawah bermula dari penjaga sehinggalah ke mana-mana.

“Apa Manchester City buat? Press, press, press. Jadi kenapa kau bermain dari bawah ketika kau kena press, press, press (tekan) setan?”

“Kau tak leh memaksa bahawa inilah satu-satunya cara untuk bermain dalam negara ini.”

“Kita semakin gila dengan kebodohan ini, bermain dari bawah (play out from the back). Ini merupakan satu samaph untuk bermain sebegitu sepanjang masa.”

Apa yang ditekankan oleh Big Sam mengenai permainan secara play the ball out adalah betapa tidak selesanya Petr Cech yang terpaksa menjadi menjadi ball playing goalkeeper atau penjaga gol yang bermain telur.

Penjaga gol Arsenal yang sado sekarang ini telah membuat kesilapan bodoh dan kelakar serta hampir menghadiahkan gol sendiri.

Ketika ditanya adakah Pep Guardiola juga bodoh dan silap kerana bermain secara play the ball out? Ini jawapan Allardyce.

“Jika kau bagus bermain lagu tu maka main jalan terus dan buat jela.”

Apa yang diutarakan Allardyce ini ada benarnya dan Petr Cech paling terseksa. Mujur City tidak bermain pada tahap sebenar mereka lagi.

Baca Juga

Baca Juga