Pendekatan bola sepak Liverpool selepas tewas kepada Manchester City adalah ke arah Budaya Bola Sepak Matang dan Sejahtera (BBMS) adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti dan memberi lanskap baharu terhadap dunia bola sepak.
“Salam admin tolong postkan dan rahsiakan nama saya.”
“Penyokong Liverpool perlu menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan menyelesaikan, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu dan perkara” Ujar seorang penyokong Liverpool yang mahu admin merahsiakan identitinya.
“Laungan kasar, menghina, troll dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan”.
Peminat Liverpool tidak boleh lari daripada hakikat bahawa sebuah kelab bola sepak sentiasa bertunjangkan kepada kemenangan. Selepas era revolusi Jurgen klopp, Liverpool mengambil pendekatan yang betul iaitu bermain untuk menang sehinggalah Liverpool mecatatkan keputusan kalah buat pertama kali musim ini di liga.
Bila Liverpool menyertai pasukan bawahan, gerakan melabel oleh pihak lawan berlaku. Kini Liverpool dipuncak pembenci-pembenci masih melabel dan merendah-rendahkan Liverpool. Kesannya terhadap akar umbi yang berdendam dan membenci dari pihak lawan amat luar biasa sekali.
Selepas elemen anti kalah Liverpool tidak susah bagi pengurusan khususnya Jurgen klopp ingin mengembalikan semula keyakinan peminat akar umbi dengan pendekatan dan budaya baharu.
“Imej baharu ini mesti dibawa oleh pemimpin kelab penyokong Liverpool di semua peringkat, ceramah, kuliah, sidang akhbar, ucapan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hendaklah berlandaskan ilmu. Jika ada wakil peminat di Parlimen.”
Kenyataan ini amat tepat sekali. Sekadar retorik penyokong dengan emosi ketabsuban terhadap pasukan dan pemain, tidak akan menyumbang apa-apa melainkan perpecahan. Sekiranya perjuangan penyokong didekati secara ilmu, dakwah dan tarbiah ini menepati apa yang ada dalam bola sepak, satu sukan menyatukan.
“Penyelesaiannya adalah sokongan kepada pasukan yang bersifat bijaksana, matang dan bermatlamatkan kesejahteraan penyokong.”
Kenyataan penyokong yang mahu identitinya dirahsiakan ini amat menarik untuk direnung kerana berlakunya anjakan dari sikap reaktif sekian lama ke arah proaktif yang sifatnya membina.
Diharapkan Budaya Bola Sepak Matang dan Sejahtera (BBMS) ini bukan retorik baharu yang lahir hanya kerana mahu menutup kekalahan Liverpool tatkala Manchester City mencatatkan kemenangan. Ia perlu dilihat dengan amalan dan bukti.
Sebagai sebuah pasukan bola sepak yang ada pengaruh, Liverpool kena bertindak sebagai pasukan yang dipedomankan oleh seamangat Fair Play lantaran cabaran perlawanan yang ada adalah amat besar sama ada yang bersifat ideologikal, ekonomi, pendidikan, pengaruh teknologi yang menuntut sumbangan berkesan secara bersama.
Kalau mengambil semangat Budaya Bola Sepak Matang dan Sejahtera (BBMS), ini tidak mustahil. Kepimpinan Liverpool dan Kelab Penyokong serta penyokong bola sepak yang lain harus berjiwa besar untuk memastikan generasi penerusnya mampu menjadi mata rantai perjuangan dengan mengambil kira bola sepak adalah sebagai sebuah sukan untuk semua.
Keterbukaan dan keikhlasan untuk mengaku kesilapan kekalahan lalu,kini dan mendatang adalah semangat Fair Play dan kesediaan untuk melalui fasa baharu dalam menyantuni bola sepak yang penuh kesopanan dan persaudaraan.
Begitulah ucapan penuh berbaur politik dan mahu menyelamatkan diri dari ditroll oleh peminat pasukan lain selepas Liverpool mengalami kekalahan pertama di Premier League musim ini.