Samir Nasri antara pemain berbakat di dalam generasi beliau. Namun disiplinnya telah membuatkan beliau akhirnya hancur. Nasri pernah dimarahi Pep Guardiola kerana tak jaga berat badan beliau.
Terbaru, Samir Nasri membuat pendedahan yang menggemparkan kita semua. Di mana beliau menegaskan, memilih untuk menyertai Sevilla kerana dijanjikan kebebasan mutlak oleh Jorge Sampaoli.
Sampaoli memujuk Samir Nasri datang ke Sevilla dan berjanji akan melindungi pemain itu daripada dihukum sekiranya dia minum ataupun berparti.
Nasir menganggap Sampaoli lebih kepada seorang rakan berbanding dengan seorang coach. Nasri mengenang kembali detik beliau di Sevilla di mana beliau bangkit semula dengan aksi cemerlang di atas padang.
“Saya ada hubungan persahabatan yang rapat dengan Sampaoli, dia lebih kepada seorang rakan berbanding jurulatih,” kata Nasri.
“Sampaoli sangat menyukai saya sehingga dia berkata kepada saya ‘Datanglah ke pasukan kami, kamu boleh minum, pergi ke kelab malam, melakukan apa yang kamu mahukan dan saya akan menutupi punggung [cover your a**] anda. Yang saya minta ialah kamu bermain dengan baik di padang di hujung minggu.”
Samir Nasri on his time in Sevilla:
“Jorge Sampaoli wanted me so much that he told me ‘Come to our team, you can drink, go clubbing, do whatever you want, and I will cover your ass in front of the club.
All I ask is that you’re good on the pitch at the weekend.” pic.twitter.com/cc2MXnvjAb
— Zach Lowy (@ZachLowy) May 5, 2020
“Sebenarnya, pada suatu hujung minggu saya tidak dapat bermain dan saya mahu pulang ke rumah dan berjumpa keluarga saya dan dia menawarkan diri untuk menjaga rumah saya dan menjaga anjing saya.”
Namun, disangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang berlaku kepada karier Nasri. Di mana segala yang dia bina semula mulai lebur setelah dia menjalani rawatan intravena di sebuah klinik di Los Angeles.
Rawatan itu akhirnya menyebabkan dia dilarang bermain bola sepak selama 18 bulan kerana melanggar peraturan anti-doping.
“Apa yang berlaku di Los Angeles merosakkan musim saya,” tambahnya lagi.
Nasri menyatakan dia ada kebenaran dan preskripsi yang khusu untuk pengambilan vitamin tersebut. Namun apa yang berlaku doktor wanita tersebut telah menyuntik berlebihan dos.
Nasri sangat kecewa dengan perkara itu dan membuatkannya berputus asa dengan apa yang telah berlaku.
“Ini adalah suntikan vitamin yang sah dan saya mempunyai preskripsi tetapi klinik menyuntik saya dengan jumlah yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Saya hancur kerana perkara itu dan saya fikir saya akan dilarang bermain selama dua tahun.”
“Saya tidak mahu bermain lagi selepas itu. Saya bahkan memberitahu Sampaoli untuk membiarkan saya, tetapi dia selalu mahu saya bermain. Saya tersesat, saya cemas dan marah dengan segalanya. Saya tidak menunjukkannya di padang tetapi bola sepak sudah berakhir untuk saya. ”