Sampaoli: Taktik Argentina Penyebab Prestasi Buruk Messi

Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli berkata taktik yang diterapkan beliau dalam pasukan menjadi punca mengapa Lionel Messi gagal bermain dengan baik di Piala Dunia 2018.

Messi masih lagi gagal menemui jaring selepas mengharungi dua perlawanan yang mana Argentina hanya mampu memungut 1 mata dan kini berada di ambang penyingkiran.

Messi bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di Russia dan beliau juga gagal menyempurnakan satu sepakan penalti ketika Argentina seri 1-1 menentang Iceland minggu lalu.

Messi gagal bermain baik kerana taktik pasukan. Percayalah

Pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali ini gagal membantu Argentina ketika mereka dimalukan Croatia 3-0 dalam perlawanan kumpulan D awal pagi semalam.

Bintang Barcelona ini merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan dalam Piala Dunia setakat ini dengan 12 percubaan, tetapi masih lagi gagal menjaringkan gol.

Prestasi buruk yang dipamerkan Messi nyata berbeza dengan apa yang telah ditunjukkan Cristiano Ronaldo bersama Portugal.

Kapten Portugal itu merupakan pemain paling banyak menjaringkan gol di Piala Dunia setakat ini dengan 4 gol dan hanya memerlukan keputusan seri menentang Iran bagi mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Jurulatih Argentina, Sampaoli mempunyai pendapat beliau sendiri mengenai ‘kejatuhan’ Messi yang mana beliau menyalahkan taktik pasukan sebagai punca utama.

“Saya rasa Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang hebat – anda boleh lihat sendiri apa yang telah beliau capai sebagai seorang pemain untuk kelab dan negara.”

Aku yang perlu dipersalahkan. Bukan Messi

“Buat masa sekarang, kita tidak boleh membandingkan dua pemain ini [Ronaldo dan Messi]. Ia kerana realiti skuad Argentina sekarang – ia telah ‘mengaburi’ kehebatan Messi.”

“Messi seperti ‘terhalang’ kerana pasukan ini gagal bermain seperti yang dikehendaki. Sebagai seorang jurulatih, saya harus menyedari perkara sebegini dan cuba menyelesaikan masalah ini.”

Argentina hanya mampu mengutip satu mata dari perlawanan menentang Iceland dan Croatia. Untuk layak ke pusingan kalah mati, mereka perlu menewaskan Nigeria dalam perlawanan terakhir kumpulan dan berharap keputusan lain berpihak kepada mereka.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas Argentina tumpas di tangan Croatia, Sampaoli mengambil kesempatan tersebut untuk memohon kemaafan atas persembahan mengecewakan skuad Argentina di Piala Dunia.

Jonny Sins punca Argentina tewas mudah di tangan Croatia

“Saya tidak tahu sama ada ini keputusan yang memalukan atau tidak, tetapi saya berasa ‘sakit’ dengan kekalahan ini.”

“Sudah agak lama saya tidak merasai pengalaman seperti ini dan ia menjadi lebih sakit apabila saya menyarung jersi negara kelahiran saya.”

“Rancangan kami untuk perlawanan ini tidak berhasil dan kami perlu lihat kembali apa yang kami perlu lakukan selepas ini. Kami akan mencuba segala-galanya dalam peluang terakhir [perlawanan Nigeria]. Tiada alternatif lain lagi.”

“Saya juga ingin memohon maaf terhadap peminat Argentina. Terutamanya kepada mereka yang bersusah payah datang ke Russia untuk melihat aksi Argentina.”

Penyerang Argentina, Sergio ‘Kun’ Aguero menunding jari ke arah Jorge Sampaoli sebagai punca utama Argentina dimalukan Croatia dalam perlawanan kumpulan D Piala Dunia 2018.

Aguero meluahkan rasa kecewa terhadap Sampaoli selepas bekas pengurus Sevilla itu menyalahkan pemain sebagai punca mereka tewas.

“Segalanya yang telah berlaku terhadap pasukan dan penurunan prestasi pemain adalah disebabkan masalah pengurusan. Pelan yang dirangka untuk pertemuan menentang Croatia gagal berjalan dengan baik.”

“Sampaoli boleh kecek gapo hok dio nok, tu hok dio.” Ujar Abe Kun yang masih kecewa.

“Saya sangat berharap kami mampu mencatat kemenangan. Kekalahan ini sangat menyakitkan hati kerana saya gagal untuk membaca perlawanan ini dengan baik.”

Walapun Sampaoli menyalahkan diri sendiri berikutan kekalahan tersebut, wartawan dari TyC Sports memberitahu Aguero Sampaoli mendakwa pemain Argentina gagal mengikut taktik beliau dengan baik.

Kenyataan Sampaoli itu dilihat seperti mencuci tangan dan Aguero jelas tidak gembira dengan apa yang keluar dari mulut pengurusnya.

“Beliau [Sampaoli] boleh cakap apa sahaja yang beliau mahu.” Ujar Aguero sebelum menghabiskan temuramahnya

BACA:  Keajaiban Lionel Messi Bawa Argentina Ke Final Piala Dunia 2022