San Marino telah menjaringkan gol pertama mereka dalam tempoh dua tahun dan jaringan tersebut juga merupakan gol pertama San Marino di tempat sendiri sejak tahun 2013.
Sungguh bernilai satu gol buat San Marino.
Untuk rekod, San Marino hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja dan mencatatkan hanya perlawanan tanpa bolos sejak mereka membuat debut peringkat antarabangsa dalam arena sepak bola pada 1990.
Sepanjang kewujudan pasukan bola sepak San Marino dalam peta bola sepak dunia, San Marino telah bermain 163 perlawanan dengan satu kemenangan, 4 seri dan 158 tewas.
Kemenangan pertama San Marino berjaya diraih selepas 14 tahun bermain bola sepak pada 28 April 2004 ketika menentang Liechtenstein dalam perlawanan persahabatan. Sedih bukan?
Empat pasukan yang seri menentang San Marino salah satunya Liechtenstein juga dalam perlawanan persahabatan. Liechtenstein ni kira lubuk untuk San Marino la kan?
Tiga lagi keputusan seri dicatatkan ketika menentang Turkey dan Latvia dikelayakan Piala Dunia serta menentang Estonia di kelayakan EURO.
Dalam 163 perlawanan itu, San Marino hanya menjaringkan 24 gol dan bolos 693 gol.
Di kelayakan EURO 2020 San Marino turun menentang Kazakhstan di laman sendiri yang menyaksikan sejarah besar tercipta buat pasukan dari negara kerdil ini.
Pada minit ke-76 San Marino ketinggalan 3-0, tetapi hasil satu hantaran lolos telah memaksa penjaga gol Kazakhstan meluru keluar untuk menyelamatkan gawang.
Tetapi bacaan penjaga gol Kazakhstan itu salah dan San Marino berjaya menjaringkan gol melalui Filippo Berardi yang berjaya memperdayakan penjaga gol dengan satu penyudah.
Pemain San Marino meraikan gol tersebut seperti tiada hari esok dan seperti meraih kemenangan walaupun pada hakikatnya mereka tewas 3-1.
Satu keindahan dalam bola sepak yang boleh diibaratkan seperti satu kesempurnaan dalam kecacatan.
Everything about this is amazing! San Marino score their first international goal in over 2 years. This is what football is all about ?? pic.twitter.com/ZzZsKsgMtw
— Matt (@ToppsMatt) November 16, 2019
Secara ringkas statistik di catatkan oleh San Marino :
Perlawanan : 193
Menang : 1
Seri : 4
Kalah : 158
Gol : 24
Bolos : 693