Sanchez dan Ozil Tidak Akan Tinggalkan Arsenal Januari Ini

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah memberitahu dalam sidang media bahawa Mesut Ozil dan Alexis Sanchez tidak akan dijual pada Januari nanti, kecuali berlaku situasi yang luar biasa.

Sanchez dan Ozil kini berada dalam tahun terakhir kontrak mereka dan apabila tirai perpindahan dibuka kembali Januari tahun hadapan, kedua-dua pemain ini boleh melakukan perbincangan dengan mana-mana kelab luar yang berminat untuk menandatangani mereka.

Mereka telah menolak tawaran lanjutan kontrak dari Arsenal sebelum ini dan tiada perbincangan telah diadakan untuk memujuk pemain ini supaya kekal.

Wenger kini dilihat tidak lagi berkuasa untuk menentukan masa depan pemain bintang beliau dan telah menyerah kalah dalam usahanya untuk memujuk Sanchez dan Ozil menandatangani kontrak baru.

Ozil misalnya telah menarik minat bekas jurulatihnya, Jose Mourinho yang kini sedang mengemudi pasukan Manchester United. Barcelona turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Ozil andainya mereka gagal memujuk Liverpool supaya melepaskan Philippe Coutinho.

Mourinho belilah aku.

Berbanding Ozil, Sanchez dilihat hampir pasti akan meninggalkan Arsenal hujung musim nanti. Pep Guardiola gagal dalam percubaan untuk mendapatkan khdimatnya pada saat terakhir tirai perpindahan pemain lalu selepas Arsenal gagal menemui pengganti yang sesuai walaupun tawaran Manchester City telah diterima.

Wenger mungkin menyesal dengan tindakannya menolak tawaran besar dari City untuk Sanchez, kerana pemain ini bakal berpindah keluar secara percuma tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Wenger masih lagi berkuasa dalam menentukan masa depan pendek Sanchez dan Ozil dengan menegaskan yang beliau tidak akan menjual mereka berdua apabila tirai perpindahan pemain dibuka kembali hampir sebulan dari sekarang.

Ketika ditanya dalam satu sidang media adakah beliau akan menjual Sanchez dan Ozil Januari nanti, beliau menjawab:

“Saya tidak akan membenarkan ia berlaku. Dalam kepala saya, mereka berdua akan terus kekal sehingga penghujung musim ini. Kecuali situasi luar biasa berlaku, saya tidak melihat Sanchez dan Ozil keluar dari Arsenal.”

“Saya sering diajukan dengan soalan mengenai spekulasi perpindahan pemain, tetapi bagi saya, mereka akan terus kekal sehingga penghujung musim ini. Mereka berada dalam tahun terakhir kontrak mereka. Adakah mereka akan kekal lebih lama dari itu? Mustahil untuk saya menjawab soalan tersebut hari ini. Bukan saya seorang sahaja yang berkuasa membuat keputusan tersebut. Pemain juga mempunyai peranan yang penting dalam perkara tersebut. Jika ianya hanya berdasarkan keputuusan saya sahaja, jawapannya adalah ya, mereka akan terus kekal.”

City berminat mendapatkan Sanchez

Selain masa depan Sanchez dan Ozil, Wenger turut diajukan soalan mengenai Jack Wilshere yang turut berada dalam tahun terakhir kontraknya. Wilshere masih belum ditawarkan kontrak baru oleh Arsenal dan bakal dibenarkan berbincang dengan mana-mana kelab dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

“Dalam kes Wilshere, saya telah ulangi berkali-kali yang beliau mesti menunjukkan yang dirinya cergas. Saya perlu mengambil keputusan berdasarkan kepentingan kelab bolasepak Arsenal dan Jack Wilshere sendiri. Jika saya rasa perkara terbaik adalah Wilshere kekal di Arsenal, saya akan berusaha 100% untuk memastikan beliau kekal kerana pemain ini amat berkualiti dan sudah kembali cergas. Bagi saya, jika kami mempunyai pemain berkualiti, saya mahu pemain tersebut terus berada di kelab bolasepak Arsenal.”

Dalam sidang media tersebut juga, Wenger memberitahu yang Mesut Ozil masih berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield pertengahan minggu ini selepas Ozil terlepas perlawanan Burnely lalu kerana kurang sihat.

Penilaian terhadap tahap kecergasan Ozil hanya akan dibuat selepas sesi latihan terakhir tamat. Alex Iwobi juga dilaporkan tidak dapat bermain kerana mengalami ‘kaki mati’ ketika perlawanan Burnley tempoh hari.

Baca Juga

Baca Juga