Sanchez: Manchester United Adalah Kelab Terbesar Di England

Pemain baru Red Devils, Alexis Sanchez berkata Manchester United adalah pasukan terbesar di England dan menambah beliau hampir berpindah ke Old Trafford ketika Sir Alex Ferguson masih lagi bergelar pengurus pasukan.

Pemain antarabangsa Chile ini melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Arsenal dalam perjanjian pertukaran pemain, dengan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Arsenal. Sanchez bakal memakai jersi bernombor 7, nombor yang sangat ikonik di Theatre of Dreams.

Bukan Arsenal atau Liverpool, tetapi Manchester United kelab terbesar di England

Sanchez bermain untuk Arsenal selama 3 tahun setengah setelah berhijrah dari Barcelona. Beliau dilihat seakan-akan bakal  menyertai Pep Guardiola di Manchester City, tetapi disebabkan bayaran gaji yang tinggi diminta Sanchez, City menamatkan minat mereka.

Walaubagaimanapun, Sanchez menegaskan beliau sering bermimpi untuk bermain dengan Manchester United dan percaya beliau telah menyertai pasukan bolasepak terbesar di England.

“Sejak kecil lagi, saya sering berkata impian saya adalah untuk bermain dengan Manchester United dan saya pernah bercakap dengan Sir Alex Ferguson mengenai perkara ini. Kami bercakap hampir 20 minit. Dan saya memberitahu beliau yang impian saya adalah untuk bermain dengan Manchester United.”

“Kelab ini sangat hebat dan besar. Jadi sekarang, saya sudah mendapat peluang untuk bermain dengan Manchester United dan setiap kali saya melihat lencana kelab ini, rambut saya berdiri kerana United adalah kelab terbesar dan terkuat di England.”

Piala FA tidak cukup

“Saya berasa bersemangat setiap kali melihat warna merah kelab ini. Secara jujurnya, peluang ini seperti impian menjadi kenyataan buat saya. Saya berasa sangat gembira ketika ini.”

Sepanjang bersama Arsenal, Sanchez berjaya membantu pasukannya meraih dua Piala FA, tetapi beliau menegaskan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara adalah keutamaan beliau ketika ini. Sanchez turut percaya yang beliau sangat sesuai dengan sistem yang diterapkan Jose Mourinho.

“Saya percaya mampu meraih  pelbagai kejuaraan apabila bermain dengan United. Lencana ini menunjukkan segala-galanya, United adalah antara kelab terbesar di dunia. Saya datang ke sini untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan apa-apa kejohanan yang kelab ini sertai pada masa hadapan.”

You failed to impress me, ujar Ferguson kepada Sanchez

Sanchez turut berkata peluang untuk bekerjasama dengan Mourinho adalah faktor utama beliau memilih untuk datang ke Manchester United.

“Mourinho beritahu keputusan saya untuk menyertai United adalah penting untuk kelab. Saya turut percaya kelab ini sangat mahukan khidmat saya dan mereka mahu saya memakai jersi ikonik United iaitu jersi no. 7. Kadang kala pemain perlu perasaan disayangi oleh kelab.”

BACA:  Erling Haaland Terlalu Selesa Berada Dalam Poket Van Dijk