Sancho Ada Hobi Yang Maguire Perlu Bimbangkan

Harry Maguire harus berhati-hati dan lebih bersedia selepas ini memandangkan bakal rakan sepasukannya, Jadon Sancho mempunyai perangai yang agak pelik.

Jadon Sancho mempunyai perangai pelik yang mana beliau suka dan sering menutmeg ketua pasukannya sendiri.

Borussia Dortmund sendiri telah mendedahkan bahawa pihak kelab telah bersetuju dengan tawaran £73 juta dari Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap mereka.

Kemarin pihak kelab telah membuat pengumuman rasmi untuk mengesahkan tentang berita tersebut yang mana Sancho kini sah menjadi milik setan merah.

Sancho, yang kini sedang bersama pasukan England di Kejohanan Eropah 2020, diletakkan harga sebanyak £72.9 juta oleh kelabnya, dan nilai tersebut dipersetujui oleh pihak United. Dikhabarkan juga, tiada syarat-syarat lauk tambah bagi harga tersebut.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa bekas kelab Sancho yang juga seteru tempatan United, Manchester City bakal menerima sebanyak 15 peratus daripada jumlah yuran perpindahan tersebut – kira-kira £7.9 juta.

Perbincangan dengan wakil Sancho telah bermula sejak musim panas tahun lalu dan segalanya telah berjalan lancar. Pemain yang berusia 21 tahun tersebut bakal menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menurunkan sebarang tanda tangan dan kontrak ditawarkan dikhabarkan selama lima tahun, sehingga 2026.

United walau bagaimanapun tidak akan mengumumkan penyatuan dua hati ini dalam masa terdekat dan akan menunggu sehingga kempen Kejohanan Eropah England tamat nanti.

Lagi pula, terdapat beberapa isu berkenaan kuarantin berkenaan Sancho yang menyebabkannya meninggalkan kem latihan England sebelum kembali turun ke padang bertemu rakan sepasukan.

Sancho Ketika Beraksi Bersama Man City

Sancho dijangka bakal memperkuatkan barisan pemain pimpinan Ole Gunnar Solskjaer tepat pada masanya dengan jadual Liga Perdana Inggeris akan bermula pada 14 Ogos 2021.

Namun satu hal yang Maguire perlu sedar dan mungkin beliau sendiri sudah tahu, Sancho mempunyai perangai pelik yang akan menyakitkan hati dia.

Dalam satu sesi latihan beliau bersama Borussia Dortmund sebelum ini, Sancho pernah diberi amaran oleh Marcel Schmelzer, selepas beliau menutmeg ketua pasukannya itu.

Bahkan, itu bukanlah kali pertama Sancho melakukan hal tersebut kepada ketua pasukannya, dan beliau sememangnya suka menutmeg lawan ketika sedang beraksi di atas padang.

Ketika beliau sedang terlibat dalam sesi latihan bersama Manchester City, Vincent Kompany pernah diperbodohkan oleh Sancho dengan teknik tersebut.

Bekas bintang Belgium dan Manchester City itu jelas langsung tidak gembira dengan tindakan Sancho yang membuatkan beliau nampak bodoh di hadapan pemain lain.

“Saya pernah nutmeg ketua pasukan Borussia Dortmund (Marcel Schmelzer) dan mereka kata, ‘jangan buat itu lagi’. Mereka tak suka.”

Jelas Sancho ketika sesi temu bualnya bersama JD Sports.

Sancho seperti yang semua tahu, beliau sangat gemar untuk memalukan pertahanan pasukan lawan dengan melakukan skill yang menakjubkan.

Mungkin kesemua skill itu beliau pelajari ketika zaman beliau aktif bermain bola sepak jalanan di Utara London dan membesar dengan mengidolakan maharaja bola sepak, Ronaldinho.

Bercakap kepada SPORTbible pada 2019, Sancho pernah menyatakan bahawa:

“Bagi saya secara peribadi, saya hanya suka untuk tunjuk apa saya ada dan mencuba untuk melakukan apa saja untuk pasukan saya. Ia termasuklah menutmeg orang. Saya sangat gembira dan teruja bila dengar peminat bersorak, melihat mereka teruja dan bersemangat.”

Sancho dianggap sebagai seorang pemain yang sangat berbakat selepas melihat kepada pencapaian dan persembahan yang telah beliau pamerkan bersama Borussia Dortmund.

Beliau sangat seimbang yang mana Sancho sering merekodkan jumlah gol dan assists yang seimbang dan beliau berjaya melakukannya dengan konsisten.

Sancho jelas merupakan pemain yang paling dikehendaki oleh Man Utd dan beliau mampu untuk menyelesaikan masalah kekurangan pemain sayap semula jadi yang dihadapi oleh setan merah sejak kebelakangan ini.

Kehadiran Sancho memberi semangat baru kepada para penyokong Manchester United dengan mereka ketika ini sudah tidak sabar untuk melihat bintang England itu beraksi di Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer juga merupakan manusia paling gembira dengan kejayaan kelab untuk menandatangani Sancho dengan beliau sememangnya peminat nombor satu pemain itu.

Mampukah Sancho bersinar di Old Trafford? Atau adakah beliau akan memulakan sesi perkenalan dengan rakan sepasukannya yang baru dengan menutmeg ketua pasukan mereka di padang latihan?

Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SB

BACA:  Southgate Dedah Alasan Mengapa Beliau Masih Belum Turunkan Sancho