Sancho Dan Tiga Lagi Pemain Bundesliga Disiasat DFB Ekoran Tribute Kepada George Floyd

Beberapa orang pemain dari saingan Bundesliga telah meraikan jaringan mereka dalam aksi perlawanan pada hujung minggu lalu dengan memberikan tribute kepada mendiang George Floyd.

George Floyd merupakan seorang warga negara Amerika Syarikat yang berkulit hitam dan telah meninggal dunia baru-baru ini dek kerana tindakan seorang pegawai polis.

Kematiannya itu mendapat perhatian dari ramai pihak dan kebanyakkannya bersimpati dengan apa yang sudah berlaku.

Ramai golongan artis, masyarakat dunia, bintang hiburan dan ahli sukan termasuk pemain bola sepak yang menunjukkan simpati dengan memberikan solidarity dan penghormatan kepada mendiang.

Empat orang pemain dari saingan Bundesliga akan disiasat oleh DFB berkaitan keraian mereka. Jadon Sancho, Marcus Thuram, Weston Mckennie dan Achraf Hakimi merupakan empat pemain tersebut.

Sancho meraikan jaringan pertamanya dengan menanggalkan baju untuk menunjukkan mesej yang tertulis pada baju dalamnya, “Justice For Floyd”, dan beliau telah dilayangkan kad kuning kerana tindakannya itu.

Jadon Sancho berjaya mencatatkan hatrik dalam perlawanan menentang Paderborn itu lalu membantu Dortmund membelasah pasukan tersebut dengan jaringan 6-1.

Rakan sepasukannya, Achraf Hakimi turut meraikan jaringan beliau dengan memberikan tribute yang sama kepada mendiang Floyd.

Dalam satu aksi yang lain, Marcus Thuram telah berlutut tanda protes ke atas kekejaman yang terjadi kepada mendiang Floyd.

Dan dalam aksi perlawanan Bundesliga yang dilangsungkan lebih awal, bintang muda Amerika Syarikat, Mckennie telah memakai lilitan kapten yang bertulis’Justice For George Floyd’.

Kematian George Floyd menimbulkan protes besar-besaran di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat termasuk di hadapan White House.

Pengerusi badan kawalan DFB, Anton Nachreiner mengesahkan bahawa kesemua tribute yang dilakukan oleh para pemain itu akan disiasat oleh pihak mereka.

“Badan kawalan DFB akan melihat dan menangani masalah ini dalam beberapa hari akan datang dan pihak kami akan meneliti kes ini sedalam dalamnya.”

Jelas Anton Nachreiner.

Menurut peraturan DFB, segala kelakuan tersebut adalah dilarang sama sekali. Sancho meraikan hatrick pertama dalam kariernya telah menganggap ianya merupakan saat paling manis dalam kerjayanya.

Menjaringkan gol hatrick pada hari yang sama beliau menunjukkan sokongan dan tribute kepada mendiang George Floyd.

Sementara itu, jurulatih Gladbach, Marco Rose telah memuji tindakan Thuram ketika meraikan gol dan beliau turut menegaskan bahawa pemain Perancis itu sebenarnya telah memberikan contoh terbaik dalam menentang isu perkauman.

FIFA sendiri, pada awalnya telah memuat naik statistik Sancho ke laman Twitter mereka namun tidak lama selepas itu mereka telah memadam tweet tersebut kerana ada mesej solidariti itu pada baju Sancho.

BACA:  Sancho Mulakan Gerakan Dengan Backheel Padu Sebelum Menyudahkannya