Sane Luah Perasaan Kecewa Diketepikan Low, Berjanji Akan Kembali Lebih Bersemangat

Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane meluahkan perasaan kecewanya diketepikan dari skuad akhir Jerman yang akan berangkat ke Russia untuk menghadapi Piala Dunia.

Walaubagaimanapun, Sane berkata beliau masih lagi bersemangat untuk menyarung jersi Jerman pada masa hadapan dan akan kembali lebih kuat selepas kekecewaan ini.

Low mengejutkan ramai pihak dengan mengenepikan pemain muda ini dengan membawa pMarco Reus yang sering dilanda masalah kecederaan musim lepas

Jurulatih Jerman, Joachim Low mencipta sensasi dan mengejutkan ramai pihak dengan menggugurkan bintang muda Manchester City, Leroy Sane dari skuad 23 pemain yang akan berangkat ke Piala Dunia.

Keputusan untuk menggugurkan Sane dilihat satu tindakan yang berani dari Low memandangkan pemain sayap tersebut baru sahaja mengharungi musim yang cemerlang bersama Manchester City dimana beliau berjaya memungut medal juara Liga Perdana Inggeris di samping memenangi Piala Carabao.

Selain membantu Manchester City memungut rekod kutipan mata tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan 100 mata, beliau juga telah dinamakan sebagai pemain muda tahunan PFA.

Walaupun mengharungi musim yang cemerlang di peringkat kelab, prestasi beliau di peringkat antarabangsa sering menjadi persoalan. Laporan dari Jerman mendakwa keputusan untuk meninggalkan Sane diambil kerana prestasi buruk beliau di peringkat antarabangsa.

Salah satu perlawanan dimana Sane gagal menyerlah. Mungkin Low berada di Anfield pada hari tersebut.

Low memilih untuk membawa Julian Draxler dan Sebastian Rudy bagi mengisi posisi sayap Jerman. Pemain yang sering dillanda masalah kecederaan, Marco Reus juga berjaya menambat hati Low untuk disenaraikan ke Russia.

Sane berjaya merekodkan 15 bantuan gol bersama Manchester City musim lepas dan hanya rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne sahaja yang berjaya mencipta assist lebih banyak iaitu 16 assists. Selain jumlah assists yang banyak, Sane juga produktif di depan gol dengan menyumbang 10 gol dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 22 tahun itu meluahkan perasaan kecewanya tidak diberikan peluang beraksi di pentas Piala Dunia musim panas ini walaupun telah mempamerkan prestasi yang cemerlang di peringkat kelab melalui akaun Twitter rasmi beliau.

“Terima kasih kepada semua atas mesej-mesej dorongan anda semalam dan hari ini. Sudah tentu saya berasa kecewa saay tidak akan terlibat dalam Piala Dunia tetapi saya harus menerima keputusan ini dan saya akan berusaha sebaik yang mungkin untuk kembali lebih kuat selepas ini !”

“Tiada apa yang  saya harapkan dari pasukan kebangsaan Jerman kecuali kejayaan di Russia nanti. Ayuh dapatkan trofi tersebut !”

BACA:  UEFA Buka Siasatan Perlawanan Jerman Menentang Hungary