Messi Iran Bersara Pada Umur 23 Tahun Selepas Dicerca Teruk

Dengan penuh tragik, pemain bola sepak Iran Sardar Azmoun yang juga digelar Messi Iran secara mengejut telah mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.

Pengumuman ini dibuat selepas kegagalan Iran untuk melepasi peringkat kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati pada Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.

Persaraan Messi Iran pada usia 23 tahun merupakan satu kerugian besar kepada bola sepak Iran kerana Sardar Azmoun merupakan pemain yang sedang meningkat naik.

Gelaran Messi Iran ini bukanlah dari media Malaysia tau tetapi oleh kebanyakkan media British.

Sardar Azmoun di gelar Messi kerana ketajamannya menjaringkan gol ketika bersama Iran walaupun ada iras John Lennon.

Cemerlang di Eropah dan dicemuh di Piala Dunia

Azmoun yang kini bermain bersama kelab Russia, Zenit Saint Petersburg yang disertainya pada tahun 2019 dan telah menjaringkan 33 gol dalam 53 perlawanan di semua kejohanan,

Azmoun telah menjadi pemain kebangsaan Iran Iran sejak tahun 2014 pada usia 19 tahun dan telah menjaringkan 32 gol dalam 36 perlawanan.

Satu rekod yang padu bagi pemain muda yang belum mencapai tahap kemuncaknya lagi. Azmoun telah menjaringkan 11 gol daripada 14 perlawanan ketika pusingan kelayakan Piala Dunia.

Namun Sardar Azmoun gagal menjaringkan sebarang gol di Pentas Piala Dunia dan Iran menamatkan saingan hanya di peringkat kumpulan dengan berada di kedudukan ketiga.

Iran mencatatkan kemenangan ke atas Morocco sebelum tumpas kepada Sepanyol dan berjaya mengikat Portugal pada perlawanan terakhir menyaksikan mereka berada di belakang Portugal dan Sepanyol di kumpulan B.

Bersara dari Persada Antarabangsa

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan Iran kerana berada dalam satu kumpulan yang sedap lagi padu. Namun kegagalan menjaringkan gol menyebabkan Sardar Azmoun dicerca, dimaki dan dihina.

Hinaan dan caci maki penyokong Iran sedap saja ditelan Sardar Azmoun tetapi kerana isu ini telah menjejaskan kesihatan Ibunya, Sardar Azmoun mengambil keputusan bersara.

“Ibu aku telah berjaya melawan penyakit kronik dan aku sangat gembira. Malangnya kerana kebiadapan segelintir manusia dan telah mencerca aku dan rakan sepasukan aku yang tidak sepatutnya dilayan sebegini rupa menyebabkan penyakit Ibu aku kembali teruk.”

“Hal ini meletakkan aku dalam situasi yang sukar dan aku harus memilih salah satu dan akhirnya aku memilih ibuku.” Jelas Sardar Azmoun.

Sardar Azmoun kini berada pada kedudukan kelima senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Iran dan merupakan bakal pemain lagenda Iran dalam pembikinan.

Beliau bukan sahaja dibandingkan dengan Lionel Messi malah juga dibandingkan dengan lagenda Iran, Ali Daei yang telah menjaringkan 109 gol dalam 149 penampilan buat Iran.

Ali Daei juga merupakan penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa dan rekod ini akan kekal lebih lama di mana hanya Cristiano Ronaldo sahaja pemain yang paling hampir namun sudah berusia.

Dengan keuapayaan hebat di udara, kreatif dan pecutan yang tidak boleh dibawa bincang Azmoun telah dimomokkan sebagai young Zlatan Ibrahimovic.

Satu kerugian besar buat Iran kerana kehilangan prospek masa depan mereka. Sardar Azmoun membuat debut bersama Iran pada usia 19 tahun dan sejak itu terus menjadi pemain tonggak.

Pada Oktober 2018, Carlos Queiroz telah berjaya memujuk Azmoun untuk kembali bersama pasukan kebangsaan Iran bagi menghadapi saingan kejohanan 2019 AFC Asian Cup.

Ummi – Haddad Alwi ft Sulis

Ummi Yalahnan ’Asyaqohu
Wansyidan Dauman Ansyuduhu
Fikulli Makanin Adzkuruhu…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi Yalahnan ’Asyaqohu
Wansyidan Dauman Ansyuduhu
Fikulli Makanin Adzkuruhu
Wa Adzhollu Adzollu Uroddiduhu

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi Ya Ruuhi Wa Hayati
Ya Bahjatan Nafsi Wal Munati
Unsi Fil Hadhiri Wal Ati
Unsi Fil Hadhiri Wal Ati

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Allahu Ta’ala Aushoni
Fissirri Walau Fil ’Ilani
Bilbirri Laki Wal Ihsani
Bilbirri Laki Wal Ihsani

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ismuki Man Khusyun Fi Qolbi
Hubbuki Yahdiini Fi Darbi
Wadhu’aiyah Fadzuki Robbi
Wadhu’aiyah Fadzuki Robbi

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

BACA:  Wartawan TV2 Diugut Sekuriti Yang Mahu Pecahkan Kamera