Satu Kejutan Hafizh Syahrin Pemenang Anugerah Sahabat ABK 2018

Hafizh Syahrin yang menjadi pelumba sensasi di perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang semalam selepas melakukan kebangkitan dengan tunggangan epik apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 selepas bermula di petak terakhir petak ke-23 mencipta kejutan lagi.

El Pescao si Ikan telah dipilih sebagai pemenang anugerah khas di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 yang di gelar Anugerah Persahabatan. Hafizh dan bola sepak bersahabat.

Pelumba MotoGP negara Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23).

El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokong.

El Pescao berjaya memecut untuk berada dikelompok 11 dari kedudukan ke-23 pada pusingan pertama dan meneruskan tunggangan konsisten untuk meraih 6 mata penting.

Entah apa kaitan Hafizh dengan anugerah ini, mungkin demi sebuah persahabatan.

Baca Juga

Baca Juga