Saul Niguel Dedah Tentang Pergaduhan Antara Beliau Dan Simeone Sebelum Dilepaskan Ke Chelsea

Penandatanganan terbaru Chelsea, Saul Niguez telah mendedahkan tentang segalanya yang berlaku dan menyebabkan beliau menyertai The Blues di saat akhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

Beliau turut mendedahkan tentang masalah perselisihan faham antaranya dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone yang menyebabkan berlakunya urusan perpindahan tersebut.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu melengkapkan perpindahan ke Chelsea tiga minit sahaja sebelum jendela perpindahan ditutup kemarin.

Namun beberapa minit sebelum rundingan beliau ke Stamford Bridge dimuktamadkan, Saul Niguez muncul dalam siaran langsung di Twitch bersama Ibai Llanos.

Ketika beliau ditanya mengapa dirinya bersetuju untuk melengkapkan perpindahan ke Chelsea, Niguez mendedahkan yang beliau tertarik dengan janji Thomas Tuchel.

Pengurus Chelsea itu berjanji akan membenarkan beliau untuk bermain di posisi pilihannya, yang mana ia merupakan satu hal yang tidak diizinkan oleh Simeone sebelum ini.

“Saya bercakap dengan (Diego) Simeone.”

Jelas pemain tersebut di Twitch.

“Saya sudah bermain dalam pelbagai posisi berbeza sejak tiga musim kebelakangan ini.”

“Saya nampak diri saya terperangkap dalam posisi yang bukan pilihan saya. Menyertai Chelsea adalah untuk keluar dari zon selesa saya, saya mahu cabaran.”

“Chelsea berjanji pada saya yang saya boleh terus berlatih di posisi saya dan bermain di posisi itu.”

Ia difahamkan yang Niguez mahu bermain lebih ke arah menyerang dan mahu keluar dari posisi defensive midfielder yang mana sebelum ini Simeone sering meletakkan beliau di posisi tersebut.

Niguez menyatakan yang Simeone menolak untuk bekerjasama dengannya dan memaksa beliau untuk meninggalkan kelab.

Beliau turut menganggap membuat keputusan untuk meninggalkan Atletico dan menyertai Chelsea merupakan salah satu keputusan paling sukar yang beliau ambil sepanjang kariernya.

“Saya tanya Simeone dan Miguel Angel untuk saya berlatih di posisi saya.”

Jelas Niguez lagi.

“Saya faham dia menolak dan dari situ mereka memutuskan hal ini. Saya mahu bermain di posisi lain. Ia merupakan alasan terpenting sebalik keputusan saya.”

“Bagi saya ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk saya ambil sepanjang karier saya dan saya juga telah dinasihatkan oleh ramai orang. Ia agak sedikit memalukan kerana saya tak sempat ucap selamat tinggal kepada para penyokong.”

Niguez pada musim lalu telah beraksi sebanyak 33 perlawanan, seterusnya membantu Atletico Madrid menjuarai saingan La Liga.

Beliau turut mendedahkan kepada penonton di Llanos tentang bagaimana lambatnya urusan perpindahan itu diuruskan dan bagaimana beliau bersama isterinya sempat bimbang adakah ia sempat diselesaikan sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Pada jam 11:57pm kami siap meneliti kontrak.”

Jelas Niguez.

“Saya rasa ia tidak akan berlaku dan saya kecewa. Ia merupakan petang dan malam yang sangat panjang.”

“Isteri saya sangat-sangat gugul, kami melalui hari yang sukar, kerana keputusan ini bukan mudah. Meninggalkan Atletico untuk hadapi cabaran baru memang sangat sukar.”

Walaupun beliau agak gusar tentang perjalanan kariernya di Stamford Bridge, Saul walau bagaimanapun tetap teruja dan tidak sabar untuk menyertai rakan senegaranya, Kepa Arrizabalaga.

Beliau turut menegaskan yang suasana di Stamford Bridge tentunya akan berbeza seandainya rakan senegaranya itu tiada di sana.

Pemain midfield itu sangat berharap beliau akan dapat bermain di posisi pilihannya dan akan membuktikan pada Chelsea yang beliau merupakan penandatanganan saat akhir yang tepat dan berbaloi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Seri 1-1 Bertemu Everton, Bintang Chelsea Ini Teruk Dimaki Peminat