“Saya Dipecat Berkali-Kali Setiap Minggu” – Pochettino Tenang Hadap Khabar Angin Bakal Dipecat PSG

Mauricio Pochettino tidak teragak-agak menjawab khabar angin yang mengatakan dirinya bakal dipecat Paris Saint-Germain (PSG).

PSG berjaya menjuarai Ligue 1 Perancis dibawah kendalian Pochettino. Namu  kelab berpengkalan di Paris itu melalui kempen yang menyakitkan di pertandingan UAFA Champions League (UCL), selepas disingkirkan Real Madrid di pusingan 16 pasukan terakhir.

Kontrak sebenar jurulatih daripada Argentina itu akan berakhir pada Jun 2023. PSG dikhabarkan mahu memecat Pochettino kerana kegagalan mereka di UCL.

Ditanya wartawan mengenai masa depannya bersama kelab kaya raya itu, ini jawapan Pochettino:

“Itu [khabar angin dipecat] adalah perkara biasa. Saya memiliki satu tahun lagi dalam kontrak saya,” kata Pochettino kepada Esport3.

“Selalu ada banyak khabar angin. Saya ‘dipecat’ berkali-kali setiap minggu, tetapi untuk sampai ke kelab seperti PSG, anda harus menjadi jurulatih yang hebat. Setelah di PSG selama satu setengah tahun, rasanya saya adalah salah seorang jurulatih yang terbaik.

“Kelab seperti PSG, dengan ekspektasi yang mereka miliki, telah memberi pengalaman, pelajaran yang berterusan. Kami hampir menyingkirkan Real Madrid, tetapi akhirnya mereka menang.”

Santai bercuti

Pada ketika ini Pochettino sedang berada di Barcelona untuk menikmati percutiannyai. Malah beliau seperti tidak endah akan khabar angin pemecatannya.

“Saya tenang dan menikmati percutian saya. Kami sebagai jurulatih juga perlu berehat dan memulihkan tenaga,” tegas Pocettino.

The Telegraph melaporkan PSG telah memasukkan Jose Mourinho sebagai calon pengganti Pochettino.

Hubungan akrab Mourinho dengan Pengarah Teknikal PSG yang baharu, Luis Campos dikatakan menjadi perkaitan mengapa Mourinho diwar-warkan bakal ke Parc des Princess.

Mourinho baru saja membawa AS Roma menjadi juara UEFA Conference League.

Kuasa Mbappe

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kuasa Kylian Mbappe dalam menentukan masa depan Pochettino.

Pemain bintang itu sudah pun terlibat secara langsung dengan pemecatanan Leonardo dan pelantikan Campos sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.

Beberapa laporan sebelum ini berkata pengurus Pasukan, Mauricio Pochettino turut dikatakan sudah sedia meninggalkan pasukan tersebut.

Pochettino sudah lama memberikan isyarat dia tidak gembira dengan projek di PSG. Di mana dia seringkali diminta untuk tunduk kepada ego pemain bintang.

Sebelum ini Pochettino malah mahu meninggalkan kelab itu ke Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Namun PSG ketika itu tidak rela melepaskan pengurus yang belum sampai setengah musim bersama dengan mereka.

Pochettino merasakan bahawa dia tidak mempunyai kuasa pengurus di PSG.

Pengurus tersebut haruslah menjadikan Mbappe sebagai teras projek mereka. Bukan Neymar, atau Lionel Messi.

Itu sudah terkandung dalam kontrak Mbappe. Walaupun dia tidak menentukan secara mutlak siapa pengurus atau pemain yang keluar masuk. Namun dia berhak untuk bersuara dalam keputusan tersebut.

PSG serius mahukan projek yang benar benar berjaya. Ianya hanya dapat dibuktikan dengan kejayaan menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

BACA:  Kisah Brutal Mourinho, Ugut Turunkan Kitman Berbanding Carvalho