“Saya Menyesal Jual Coutinho”

Philllippe Coutinho atau PC10, merupakan seorang pemain di bahagian serangan yang sangat digeruni. Sejak menyertai Liverpool pada tahun 2013, Countinho telah mengembangkan kebolehannya daripada sekadar menggelecek dan merembat mengikut nafsu kepada penggelecek hebat dan penjaring gol jarak jauh yang mampu dikelaskan antara pemain premium!

Sebelum menyertai Liverpool, Coutinho bermain untuk kelab Itali, Internazionale dan berhijrah ke England ketika berusia 20 tahun pada harga £8.5 juta.

PC10 ketika era pensabunan

Pengarah Kesukanan Inter, Piero Ausilio, hari ini menyesali tindakan tersebut.

Ausilio berkata, ketika dia membenarkan penjualan Coutinho ke Liverpool, Inter ketika itu masih lagi dalam proses perubahan dan pemain ini tidak dapat bermain secara tetap kerana Wesley Sneijder, Diego Milito, Antonio Cassano dan Rodrigo Palacio masih lagi di kelab Milan tersebut dan lebih menjadi pilihan jurulatih.

Untuk membantu perkembangannya, Countinho dihantar berguru ke Espanyol pada tahun 2012 secara pinjaman dan sekembalinya dia dari Sepanyol, Inter baru sahaja menukar jurulatih baru, Gian Piero – yang hanya bertugas selama tiga bulan sebelum diganti Claudio Ranieri. Ranieri juga tidak kekal lama di mana dia hanya berada di Inter hanya semusim untuk memberi laluan kepada Andrea Stramaccioni yang juga bertahan semusim.

Situasi yang tidak menentu tersebut membuka hati Coutinho untuk berhijrah dan Liverpool ketika itu di bawah kendalian Brendan Rodgers menjadi pilihannya. Pada musim pertamanya, Coutinho mebentuk gandingan mantap di bahagian serangan Liverpool bersama Luis Suarez, Daniel Strurridge dan Raheem Sterling, dan mereka hampir menjadi juara liga sebelum Gerrard tersembam di hadapan gol.

Pengarah Kesukanan Inter – Piero Ausilio.

“Saya menyesal menjualnya (Coutinho) – mungkin perkara yang saya paling menyesal sepanjang 20 tahun saya di Inter,” Ausilio meluahkan perasaan sambil memandang ke tingkap sambil merenung pemandangan sawah padi ketika temubual bersama wartawan ESPN.

Jauh di lubuk hati Ausilio, dia berharap Countinho akan kembali ke Inter dan menghabiskan kariernya di sana.

Benarlah kata Imam Ghazali perkara yang paling jauh daripada manusia ialah masa lalu. Mungkin ini adalah satu balasan kepada Inter setelah bergelumang dalam merencanakan skandal Calciopoli.

Baca Juga

Baca Juga