Saya ‘Reject’ Real Madrid dan Barcelona – Pogba

Pemain pertama di dunia yang memberi penalti menerusi gerakan DAB, Paul Pogba, telah mendedahkan bahawa dia telah menolak tawaran daripada dua gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona dan memilih untuk kembali ke Kota Manchester, dalam satu temubual bersama SFR Sports.

Pogba telah meninggalkan Old Trafford pada 2012 untuk menyertai Juventus dan muncul antara pemain tengah terbaik dunia. Pada musim panas lalu, Pogba berkata Real Madrid dan Barcelona telah berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya kembali ke Manchester United kerana saya ada matlamat saya sendiri. Ia adalah satu cabaran yang besar buat saya.

“Saya boleh menyertai Real Madrid atau Barcelona, yang berminat untuk mendapatkan saya, tetapi saya kembali ke United kerana menurut kata hati.

Mungkin begini rupa Pogba kalau dia menyertai Real

“Saya nak menang piala bersama United (bukan tangga keenam), dan saya tidak pernah memenangi sesuatu di sini. Saya sering beritahu diri saya sendiri (halusinasi kot) bahawa satu hari nanti saya akan kembali. Ini adalah kelab yang saya cintai dan ada urusan yang belum diselesaikan. Saya tinggalkan kelab ini dulu kerana saya mahukan lebih waktu permainan. Hnnnssss hnnnnss hnnnnnnssssss.

“Saya tidak fikir langsung mengenai rekod perpindahan. Saya datang untuk bermain bola sepak,’ ulas Pogba panjang lebar sampai penat penulis nak taip.

Penulis beranggapan urusan Pogba yang belum selesai di Manchester ialah mengunjungi kedai gunting rambut yang berlainan di kotaraya tersebut pada setiap minggu. Hati kau keras Paul.

Setakat ini, Pogba cemerlang di bahagian tengah pasukan United bersama Hererra dan Carrick, kecuali ketika perlawanan menentang Liverpool tempoh hari di mana Pogba lebih memikirkan untuk mempraktikkan ‘dab’ ketika permainan.

Baca Juga

Baca Juga